FRIM jadi tuan rumah hari keluarga editorial Utusan

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

27 November 2017 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjadi tuan rumah bagi program Hari Keluarga Kelab Editorial Utusan (KEU) yang disertai lebih 200 peserta di Tapak Perkelahan Sungai Kroh pada 25 November lalu.

Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM yang mengalu-alukan kedatangan semua. Dalam ucapannya, beliau memberi penghargaan kepada pihak Utusan atas sokongan yang diberi kepada FRIM terutamanya dalam perkongsian hasil R&D serta usaha pemuliharaan hutan dengan pihak umum.

Datuk Abdul Aziz Ishak, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan mengucapkan terima kasih kepada FRIM atas sokongan dalam menjayakan Hari Keluarga KEU. Beliau juga berharap agar hubungan baik antara FRIM dan Utusan yang terjalin akan terus berkekalan.

Turut hadir, Datuk Zulkefli Hamzah, Pengarang Utusan Malaysia yang juga merupakan Pengerusi KEU; Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail; Penolong Pengarang, Rozaman Ismail serta isteri KP FRIM, Datin Halidah Kasmin.

Abd Latif, Abdul Aziz dan Zulkefli juga menyempurnakan majlis penanaman pokok giam lintah bukit (Hopea helferi) sebagai acara simbolik bagi memperingati program ini. Selain aktiviti pertandingan meniup belon, melukis muka dan persembahan silap mata untuk kanak-kanak. FRIM juga mengendalikan aktiviti ‘Amazing Race’ untuk 100 peserta.

 

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast