FRIM jadi tuan rumah hari keluarga TV9

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

20 April 2017 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjadi tuan rumah bagi Hari Keluarga Berita TV9 yang diadakan di Kawasan Perkelahan Sungai Kroh, FRIM Kepong pada 14 April lalu.

Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM mengalu-alukan kedatangan peserta dan memberi penghargaan kepada TV9 atas kerjasama dan sokongan melalui perkongsian hasil maklumat dengan pihak umum tentang hasil aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) FRIM serta usaha FRIM dalam pemuliharaan hutan.

Wan Sabariah Shikh Ali, Pengarang Eksekutif Berita TV9 dalam ucapannya berkata TV9 akan terus bekerjasama dengan FRIM.

Turut hadir, Zaman Huri Ahmad, Pengarang Eksekutif ntv7; Amran Yusof, Penerbit Eksekutif (Dokumentari) Media Prima; serta staf berita TV9, ntv7 dan TV3.

Wan Sabariah, Zaman Huri dan Amran juga menyempurnakan upacara penanaman pokok giam lintah bukit (Hopea helferi) sebagai acara simbolik bagi memperingati program tersebut. Species ini tergolong dalam kategori ‘Rentan Terancam (Vulnerable)’ dalam senarai tumbuhan terancam Malaysia (Malaysia Plant Red List) dan didapati di Kemboja, Myanmar, Thailand and utara Semenanjung Malaysia (Kedah, Perlis dan utara Perak).

Semua peserta kemudiannya menyertai sesi senaman Zumba diikuti dengan aktiviti ‘Amazing Race’ FRIM yang dikendalikan oleh Pusat Informasi Pelawat FRIM. Program berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti ‘Amazing Race’.

Rate this post

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast