FRIM: Jangan beri makanan kepada haiwan

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

26 September 2017 (Selasa) – Sekiranya anda beranggapan bahawa memberi makanan kepada haiwan adalah tindakan yang baik, anda perlu berfikir lebih panjang. Sebenarnya ianya adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab walaupun berniat baik kerana haiwan tersebut akan menjadi lebih bergantung kepada manusia dan mereka boleh menjadi agresif apabila tidak mendapat makanan.

Ketua Komunikasi Korporat FRIM, Norhayati Nordin menyeru para pengunjung supaya menghentikan pemberian makanan seperti roti dan sebagainya kepada monyet dan haiwan lain di kampus FRIM khususnya di Taman Botani Kepong (KBG).

“Haiwan mempunyai keupayaan untuk mencari makanan sendiri di FRIM kerana terdapat pelbagai spesies pokok buah-buahan. Apabila pengunjung memberi makanan kepada mereka, mereka berubah menjadi bergantung kepada makanan yang diberi manusia.

“Populasi mereka akan bertambah dan mereka menjangka semua pengunjung ke kampus FRIM akan memberi makanan. Apabila tidak mendapat makanan, mereka akan menjadi agresif dan mungkin akan menyerang pengunjung untuk mendapatkan makanan,” katanya.

Norhayati berkata senario ini telah berlaku di pelbagai tempat tarikan pelancong di dalam dan luar negara.

Beliau berkata FRIM telah menerima beberapa aduan daripada pelawat yang berdepan dengan monyet dan anjing yang agresif.

“Jika pelawat diserang atau digigit, pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan menghapuskan haiwan tersebut untuk. Jadi, bagaimanakah pemberian makanan kepada haiwan itu baik bagi haiwan tersebut?” tambah beliau.

Norhayati berkata FRIM merancang untuk memasang papan tanda serta membina pagar di sekitar tempat letak kenderaan di KBG begi menghalang pengunjung daripada membawa makanan untuk haiwan tanpa melalui pondok keselamatan di pintu masuk taman tersebut.

“Staf FRIM pernah melihat pengunjung yang datang membawa beg plastik besar yang mengandungi sisa-sisa roti terutamanya di KGB. Mereka sering memberi makanan kepada monyet-monyet berhampiran tempat letak kenderaan, dan kadang-kadang meninggalkan banyak roti yang terapung-apung di kolam air yang berdekatan,” katanya.

Beliau juga menyeru para jogging supaya membantu dalam pemantauan serta menegur sesiapa yang memberi makanan kepada haiwan di FRIM demi kebaikan haiwan tersebut serta keselamatan semua pihak. Antara lain, mereka juga boleh memaklumkan perkara ini kepada pihak keselamatan FRIM.

 

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast