FRIM, JPSM anjur bengkel pengurusan kawasan rekreasi

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

16 Jun 2017 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah berkerjasama dalam menganjurkan Bengkel Pengurusan Kawasan Rekreasi Hutan untuk Kelestarian Sumber Semula Jadi di Negeri Sembilan pada 14 dan 15 Jun lalu.

Bengkel ini bertujuan untuk membentangkan hasil kajian projek usaha sama FRIM-JPSM iaitu ‘Kaedah Penentuan Daya Tampung (Carrying Capacity) Kawasan Hutan Lipur/Hutan Taman Negeri di Semenanjung Malaysia’ dan ‘Kaedah Penilaian Kawasan Hutan Lipur/Hutan Taman Negeri di Semenanjung Malaysia’ yang telah dibiayai oleh JPSM sejak tahun 2015. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada staf JPSM dalam pengurusan lestari Taman Eko Rimba/ Taman Negeri serta mengukuhkan jalinan kerjasama antara kedua-dua jabatan dalam pengurusan lestari berasaskan penemuan saintifik.

Bengkel yang dikendalikan oleh pakar-pakar Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar (EUF) FRIM ini dihadiri oleh 17 orang peserta daripada JPSM.

Antara topik-topik yang dibentangkan termasuk:

  • ‘Kepentingan pemuliharaan dalam pengurusan rekreasi’ dan ‘Pengenalan kepada masalah kemerosotan tanah’ oleh Dr Noor Azlin Yahya, Ketua EUF;
  • ‘Ringkasan projek kerjasama FRIM- JPSM’ (Nik Azyyati Abdul Kadir);
  • ‘Kaedah penentuan daya tampung kawasan Taman Eko Rimba/ Taman Negeri’ (Fatin Amalina Halim dan Nur Suriani Salleh);
  • ‘Pengenalan kepada interpretasi persekitaran’ (Dr Ahmad Nazarudin Mohd Roseli).

Pada hari kedua bengkel, sesi praktikal kaedah kajian diadakan di Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala, Port Dickson. Ahmad Azaruddin Mohd Noor dan Azahari Mohd Yusoff berkongsi teknik penilaian kesihatan pokok secara visual; Ahmad Azaruddin, Mohd Zulfadli Mat Yasin dan Muhammad Aizat Abd Rahman memberi demonstrasi kaedah-kaedah kajian seperti visual tree assessment (VTA) dan penggunaan alat Picus Sonic Tomograph untuk menilai kesihatan pokok; manakala Wan Mohd Nafizul Hal-Alim Wan Ahmad dan Muhammad Aizat menunjukkan teknik ujian kepadatan tanah.

 

 

Rate this post

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast