FRIM, JPSM anjur kursus kajian integrasi sistem silvikultur

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

5 September 2017 (Selasa) – Program Hutan Asli FRIM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menganjurkan ‘Kursus Pemantapan dan Pelaksanaan Kajian Integrasi Sistem Silvikultur Pemilihan Pokok (Silvicultural Tree Selection System, STSS)’ pada 7-10 Ogos lalu.

Kursus yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) JPSM, Datuk Borhanuddin Arshad ini diadakan di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput, Perak dan dihadiri oleh 40 peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Johor dan Pahang.

Kursus tersebut melibatkan sesi teori dan perbincangan serta sesi amali yang dijalankan di Hutan Simpan (HS) Kledang Saiong, Sungai Siput, Perak. Para peserta belajar teknik untuk menubuhkan petak bancian, membanci, membuat pemetaan pokok dan menanda pokok tebangan berdasarkan senarai yang dihasilkan melalui STSS.

STSS yang dibangunkan oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM, Dr Samsudin Musa ini merupakan satu preskripsi pengurusan hutan yang baharu dan memberikan fokus kepada aktiviti bancian sebelum tebangan dan pemilihan pokok tebangan.

Kajian FRIM pada 2007-2010 di HS Temengor, Perak dan HS Tekai-Tembeling, Pahang mendapati STSS berkesan mengekalkan kandungan stok dirian hutan serta dapat menambah baik perlaksanaan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System, SMS).

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast