FRIM, JPSM kerjasama dalam R,D&C hutan

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

spinner

12 April 2017 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) baru-baru ini untuk bekerjasama dalam penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R,D & C) untuk mengukuhkan pengurusan dan pembangunan hutan di Semenanjung Malaysia.

Majlis yang diadakan pada 6 April ini disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Azizan Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Anggota FRIM. Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod menandatangani MOU tersebut bagi pihak FRIM; manakala JPSM diwakili oleh KP, Dato’ Nor Akhirrudin Mahmud.

Dr Ismail Harun, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM dan Dato’ Roslan Ariffin, Timbalan KP (Dasar dan Perancangan) JPSM turut menandatangani MOU tersebut sebagai saksi.

Turut hadir, Anggota Institut yang lain, wakil-wakil JPSM dan pihak pengurusan tertinggi FRIM.

Sebelum majlis tersebut, Anggota Institut menyertai aktiviti penanaman pokok kenangan dengan menanam pokok merawan kanching (Hopea subalata). Spesies yang tergolong dalam kategori ‘Sangat Terancam’ dalam senarai tumbuhan terancam Malaysia (Malaysia Plant Red List) ini hanya terdapat di kawasan Kanching, Selangor.

Selepas majlis menandatangani perjanjian, Anggota Institut menghadiri mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Azizan.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast