FRIM ke arah komersialisasi

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

9 Januari 2017 (Isnin) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menyeru semua staf untuk memberi lebih fokus kepada mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka di perhimpunan bulanan pertama tahun ini pada 6 Januari lalu. Staf FRIM juga mengambil ikrar untuk mengekalkan integriti dalam tugasan mereka.

“Dengan Akta FRIM yang berkuatkuasa sejak Oktober tahun lalu, FRIM perlu mengubah serta berhasrat untuk menjana pendapatan bagi menyokong usaha FRIM dalam akitiviti penyelidikan dan pemuliharaan hutan,” kata Abd Latif.

Abd Latif mengucapkan tahniah kepada Dato’ Dr Marzalina Mansor dan Dr Nur Supardi Md Noor yang telah dilantik sebagai pengarah bahagian bioteknologi perhutanan dan perancangan penyelidikan masing-masing.

KP FRIM turut menyampaikan sumbangan dari Masjid Jamek FRIM kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepong, Minah Ali dan wakil Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) FRIM, Ustaz Syed Fadhil.

Seterusnya, Abd Latif juga menghargai sumbangan dan dedikasi tiga pesara FRIM iaitu Shah Mohd Darus, Kamaruddin Ismail dan Nor Rizan Mohamad dengan penyampaian sijil dan cenderahati.

Turut hadir, Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Ismail Harun; Timbalan KP (Operasi), Datuk Dr Rahim Sudin; ahli-ahli Majlis Pengurusan Tertinggi FRIM  dan staf FRIM.

 

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast