FRIM-MNS anjur aktiviti memerhati burung di KBG

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

peserta memerhati burung di KBG

Para peserta memerhati burung di KBG.

28 Disember 2017 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) untuk menganjurkan aktiviti memerhati burung di Taman Botani Kepong (KBG) pada 10 Disember lalu.

Aktiviti yang dikendalikan oleh Cawangan Pendidikan Alam Sekitar FRIM dan kumpulan pemerhati burung cawangan MNS Selangor telah disertai oleh 34 orang awam.

 Ong (paling kanan) memberikan tunjuk ajar

Ong (paling kanan) memberikan tunjuk ajar kepada seorang peserta muda.

Dua orang penyelidik FRIM Ong Su Ping dan Veronica Khoo yang masing-masing juga merupakan penyelaras dan ahli jawatankuasa kumpulan pemerhati burung mengendalikan aktiviti tersebut dengan bantuan sukarelawan lain. Setiausaha kumpulan pemerhati burung, Muhammad Izzat Ahmad Fauzi memberikan taklimat kepada para peserta tentang etika burung sebelum aktiviti bermula.

Para peserta berkongsi penemuan menarik

Para peserta berkongsi penemuan menarik selepas aktiviti.

Program tersebut bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti memerhati burung kepada orang ramai dan mendidik peserta mengenai kepentingan pemeliharaan alam semula jadi. Ia juga mengetengahkan kekayaan kepelbagaian biodiversiti di kampus FRIM, di mana sebanyak 185 burung, 59 mamalia dan 82 spesies reptilia telah direkodkan dalam hutan buatan manusia ini.

Peserta telah merekodkan 54 spesies burung semasa aktiviti tersebut termasuk burung belatuk pinang kecil/ belatuk mas (common flameback woodpecker), merbah kapur (yellow-vented bulbul), tiong Jawa (javan myan), terkukur (spotted dove), merbuk (zebra dove), murai kampung (oriental magpie robin), burung kunyit besar/ dendang topeng hitam (black-naped oriole) dan burung kunyit kecil (common iora).

 burung belatuk pinang kecil/ belatuk mas, burung kunyit kecil dan burung helang rajawali

Dari kiri: burung belatuk pinang kecil/ belatuk mas, burung kunyit kecil dan burung helang rajawali yang diperhatikan.

Para peserta juga berkesempatan memerhatikan dua burung helang rajawali (black-thighed falconet) iaitu helang paling kecil di dunia. Walaupun hanya bersaiz ciak pokok (eurasian tree sparrow), mereka boleh memburu burung yang lebih besar daripada saiznya.

Untuk melihat senarai penuh spesies burung yang direkodkan melalui aktiviti tersebut, sila layari laman web eBird di http://ebird.org/ebird/view/checklist/S41004707.

 

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast