FRIM-NADMA bincang kerjasama pencegahan bencana

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

8 Ogos 2017 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima lawatan dari delegasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pagi tadi.

Delegasi terdiri daripada sembilan wakil yang diketuai oleh Dato’ Abd Rashid Harun, Ketua Pengarah (KP) NADMA ini disambut oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, KP FRIM di Bilik Mesyuarat Shorea.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau potensi kerjasama dengan FRIM dalam pencegahan bencana melalui aktiviti penanaman pokok di kawasan berisiko tinggi seperti tanah tinggi dan paya bakau sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional Risiko Bencana yang akan dilancarkan di Sarawak pada 1 Oktober.

KP FRIM telah mencadangkan usaha menanam spesies terancam sebagai langkah pemeliharaan secara ‘ex-situ’ di kawasan berkenaan.

Noorsiha Ayop, Ketua Penyelaras Projek ‘Cameron Highlands Montane Biodiversity Centre’ (CH-MBC) juga berkongsi maklumat mengenai kepentingan mengekalkan kawasan hutan di tanah tinggi.

Delegasi NADMA termasuk Dato’ Muhammad Yusoff Wazir, Timbalan KP (Pengurusan Pasca Bencana); Mohd Ariff Baharom, Timbalan KP (Perancangan dan Dasar); serta Zainal Azman Abu Seman, Timbalan KP (Pelaksanaan Operasi).

Turut hadir, Norhayati Nordin, Ketua Komunikasi Korporat FRIM; Dr Noor Azlin Yahya, Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar FRIM; Liza Ismail, Ketua Cawangan Pentadbiran FRIM; dan Pegawai Perhubungan Awam, Maria Arlene Jackan.

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast