FRIM bangun teknologi hijau rawatan kayu getah

Written by FRIM Webmaster on . Posted in Berita & Acara

20 Jun 2013 (Khamis)- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya membangun serta mempatenkan teknologi hijau bertaraf antarabangsa untuk merawat kayu getah dengan sistem pengeringan suhu tinggi (HTD) yang tidak memerlukan rawatan bahan kimia, malah ianya boleh meningkatkan kestabilan kayu di samping mengurangkan masa pemprosesan.

Teknologi HTD merupakan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh industri kayu-kayan negara terutamanya pengeluar perabot berasaskan kayu getah berkaitan halangan serta syarat-syarat perdagangan semakin ketat yang ditetapkan oleh pelbagai negara-negara maju untuk memastikan penggunaan produk-produk lebih mesra alam.

FRIM offers world class chemical-free wood treatment

Dari kiri: Rahim, Accad, Abd Latif, Lee, Sik dan Choo di kilang HTD semasa lawatan media.

 FRIM telah memperolehi paten untuk teknologi HTD dari Pejabat Paten dan Cap Dagang Amerika Syarikat (USPTO) pada Mac 2013 dan ia juga telah memfailkan paten di Malaysia dan enam buah negara lain, iaitu Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, China dan India.

“Ini adalah sumbangan FRIM kepada industri kayu-kayan dan perabot getah negara. Teknologi HTD ini dapat memastikan produk kita berkualiti, tidak ada bahan kimia, selamat digunakan serta memenuhi peraturan keselamatan dan piawaian alam sekitar antarabangsa. Ia akan dapat meningkatkan daya saing produk kita, mengukuhkan dominasi Malaysia sebagai pembekal utama serta menetapkan penanda aras bagi pemprosesan kayu yang berkualiti,” kata Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM, semasa lawatan media ke kilang sistem HTD di Telok Gong, Klang semalam.

The FRIM DG speaking to reporters at the ALPS HTD treatment plant.

KP FRIM bercakap di sidang media semasa lawatan ke kilang HTD.

Beliau berkata FRIM akan menjalankan penyelidikan lanjut untuk menguji penggunaan sistem HTD terhadap spesies kayu lain termasuk Acacia dan kayu kelapa sawit.

Teknologi ini juga telah didapati sesuai untuk digunakan bagi merawat kayu berketumpatan rendah ke sederhana seperti sesendok, jelutong, yemane, spesies pine dan sebagainya.

Sistem HTD ini telah dibangunkan dan ditambahbaik sejak 10 tahun lalu oleh penyelidik FRIM, iaitu Choo Kheng Ten dan Dr Sik Huei Shing yang memulakan projek tersebut sebagai respon kepada langkah Kesatuan Eropah (EU) untuk melabelkan beberapa jenis bahan kimia rawatan kayu, terutamanya borates, dalam “Kategori repro toksik” di bawah Arahan Bahan Berbahaya 67/548.

FRIM telah menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Advanced Low Pressure System Sdn. Bhd (ALPS) untuk mengkomersialkan teknologi HTD dan syarikat tersebut telah menubuhkan dua unit sistem HTD di Telok Gong.

Choo (second from left), Sik (second from right) and research assistants checking some wood samples in FRIM.

Choo (kedua dari kiri) dan Dr Sik (kedua dari kanan) bersama pembantu penyelidik FRIM sedang meneliti beberapa sampel kayu yang telah melalui proses HTD.

Turut hadir semasa program lawatan media ialah Sik, Choo, Ketua Cawangan Pengurusan Harta Intelek dan Inovasi FRIM, Dr Woon Weng Chuen, Pengarah Bahagian Keluaran Hutan FRIM, Dr Rahim Sudin, Ketua Unit Pengurusan Korporat FRIM, Norhayati Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif ALPS, Andre Accad dan Pengarah Teknikal ALPS, Richard Lee,.

Kayu getah perlu dikering-tanur sebelum digunakan dalam pembuatan perabot atau komponen perabot. Tujuannya adalah untuk memastikan dimensi kayunya stabil sebelum digunakan dalam pembuatan produk hiliran.

The quality of the HTD-treated lumber is excellent and has superior dimensional stability

Kualiti kayu getah dirawat menggunakan HTD didapati baik dan terbukti mempunyai kestabilan dimensi lebih tinggi.

Lebih 90% daripada kilang-kilang pengeringan di rantau ini menggunakan sistem konvensional pemanas stim pada suhu di bawah 80°C, dan kayu perlu dirawat dengan bahan pengawet seperti borates untuk mencegah kulat dan serangan perosak.

Sistem HTD bukan sahaja dapat menghapuskan penggunaan bahan pengawet, malah masa kitaran pemprosesan juga dapat dikurangkan sebanyak lebih 75%. Di samping itu, kualiti kayu getah dirawat menggunakan HTD didapati baik secara umumnya dan terbukti mempunyai kestabilan dimensi lebih tinggi berbanding kayu yang dirawat dengan kaedah konvensional.

Lebih 80% daripada eksport perabot Malaysia merupakan perabot diperbuat daripada kayu getah, dan kayu getah merangkumi hampir separuh daripada kayu-kayan yang digunakan dalam pembuatan perabot di Asia.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast