FRIM anjur program CSR di SPF Jeli

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara


2 Mac 2016 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya menganjurkan program tanggungjawab social korporat (CSR) di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Jeli, Kelantan semalam yang melibatkan 60 peserta dari komuniti tempatan serta pelajar sekolah.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Mohamed Nor Husin, Ketua Jajahan Jeli. Turut hadir, Datuk Abd Aziz Derashid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Belah; Prof. Dr Razak Wahab dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Pengarah Bahagian Bioteknologi Perhutanan, Dr Ahmad Zuhaidi Yahya serta Ketua Unit Komunikasi Korporat, Norhayati Nordin.

Selepas majlis perasmian, Mohamed menanam anak pokok balau singkawang air (Shorea sumatrana) sebagai acara simbolik. Sementara Abd Aziz menanam anak pokok meranti sengkawang merah (Shorea singkawang).

Seramai 30 para pelajar dari SMK Batu Melintang yang diiringi oleh Cikgu Wan Aida Wan Alim untuk menyertai program ini telah menanam sebanyak 100 anak pokok limau purut (Citrus hystrix).

Selain daripada itu, mereka juga menyertai pertandingan kuiz. Warga emas dari kampung berhampiran yang dijemput menghadiri program ini menerima sumbangan derma dari tabung CSR FRIM.

Program yang diselaraskan oleh CCU FRIM dan Bahagian Bioteknologi Perhutanan ini bertujuan mempromosikan SPF Jeli serta meraikan Hari Hutan Antarabangsa (IDF) bersama masyarakat tempatan.

Ini adalah aktitiviti pertama daripada satu siri aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh FRIM sepanjang bulan ini sempena sambutan IDF 2016 bertema ‘Meraikan hutan dan air’ yang jatuh pada 21 Mac.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast