FRIM anjur Simposium Kebangsaan Konservasi di Sarawak

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara



Norini menyampaikan ucapan semasa majlis perasmian simposium.

Norini menyampaikan ucapan semasa majlis perasmian simposium.

23 Mei 2013 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya menganjurkan Simposium Kebangsaan Konservasi 2013 bertemakan ‘Melestari Khazanah Warisan Negara’ di Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak pada 13-16 Mei 2013.

Pembentangan kertas kerja oleh pakar penanaman buluh FRIM, Abd Razak Othman.

Pembentangan kertas kerja oleh pakar penanaman buluh FRIM, Abd Razak Othman.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr Norini Haron, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM yang mewakili Dato’ Dr Abdul Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM. Turut hadir di majlis perasmian tersebut adalah Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara dan Dato’ Rashid Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak.

Peserta simposium daripada pelbagai jabatan/agensi.

Peserta simposium daripada pelbagai jabatan/agensi.

Simposium ini merupakan program tahunan anjuran FRIM yang melibatkan pihak-pihak terpilih serta mempunyai kepakaran khusus dalam bidang penyelidikan, pendidikan, pelancongan, senibina, rekabentuk, penyelenggaraan, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan/rumah, pengurusan alam sekitar/landskap, pengurusan arkib/pusat sumber, perpustakaan, galeri/muzium (pengurusan koleksi produk, artifak, spesimen dan sebagainya), teknologi maklumat (IT), pengurusan/pentadbiran dan penguatkuasaan dalam memastikan pelbagai khazanah warisan Negara ini terus kekal  sebagai warisan negara yang berharga kepada generasi akan datang.

Gambar peserta, penganjur dan dif-dif jemputan simposium.

Gambar peserta, penganjur dan dif-dif jemputan simposium.

Objektif utama bagi penganjuran simposium ini adalah menggabungkan kepakaran saintis FRIM dalam penyelidikan hutan tropika dan lain-lain agensi kerajaan termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari pelbagai bidang atau ilmu dalam usaha pemuliharaan khazanah warisan negara yang kelak mungkin menjadi sebahagian sumber bahan rujukan berharga kepada generasi kini dan akan datang, memberi pengetahuan umum tentang kaedah-kaedah yang sesuai dalam peringkat awal penyelidikan, perancangan dan pengurusan sesebuah tapak warisan semulajadi, perolehan, pemuliharaan dan pemeliharaan yang melibatkan proses-proses rawatan, pencegahan kerosakan dan membaik pulih seterusnya perlu direkodkan secara sistematik serta memberi pendedahan kaedah untuk menambah nilai sesuatu agar nilai yang sedia ada tidak susut untuk satu jangka masa yang panjang.

Seramai 95 orang peserta daripada pelbagai jabatan/agensi kerajaan dan IPT di seluruh Malaysia telah menyertai simposium yang telah berlangsung selama empat hari ini.

Sebanyak 17 kertas kerja telah dibentangkan oleh para penceramah FRIM, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Jabatan Landskap Negara, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak, Jabatan Warisan Negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Arkib Negara Malaysia (Sarawak) dan Muzium Negeri Sarawak. Simposium ini turut mengadakan pameran dan program lawatan ke Gua Angin Sarawak, Kampung Budaya Sarawak, Pusat Pemeliharaan Haiwan Semenggoh dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sarawak.

Program yang julung kalinya diadakan di Sarawak ini dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), SEDC, Kampung Budaya Sarawak, DBKU, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Jabatan Hutan Sarawak, Tourism Malaysia Sarawak, Lembaga Pelancongan Sarawak, UNIMAS, UITM Perak, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Sarawak), MARDI Sarawak, Arkib Negara Malaysia (Sarawak), Jabatan Warisan Negara, PERHILITAN, Muzium Negeri Sarawak, Borneo To The World dan Dayang Salhah Kek Lapis.



Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast