FRIM terima lawatan delegasi China

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara


27 Januari 2016 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima lawatan oleh delegasi dari Negeri China yang mewakili pihak Pentadbiran Perhutanan Negeri China (SFA) serta Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar Negeri China.

Delegasi tersebut terdiri daripada Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pemuliharaan Hidupan Liar SFA, Zhang Xiwu; KP Jabatan Penyeliaan SFA, Zhang Xiwen; and Naib Presiden Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar Negeri China, Zhong Yi.

Kumpulan pelawat yang diiringi beberapa wakil dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ini disambut oleh pegawai-pegawai FRIM yang diketuai Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Ismail Harun, yang memberi taklimat kepada mereka.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Keluaran Hutan, Dr Gan Kee Seng; Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Dr Samsudin Musa; Ketua Program Kualiti Kayu dan Hasil Bukan Kayu, Dr Mohd Tamizi Mustafa; Pegawai Penyelidik Kanan, Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin; dan Ketua Komunikasi Korporat, Norhayati Nordin.

Selepas sesi taklimat dan perbincangan, delegasi dibawa melawat ke Galeri Buluh dan Palma FRIM sebelum bersurai.

Delegasi ini berada di Malaysia untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Malaysia berhubung semakan semula perjanjian Program Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi di Malaysia serta mengadakan lawatan sambil belajar ke kawasan-kawasan perlindungan dan program konservasi biodiversiti negara.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast