FRIM sertai Sambutan Hari Biodiversiti NRE

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

22 Mei 2017 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyertai Sambutan Hari Biodiversiti Peringkat Kebangsaan 2017 anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di Kuantan pada 20 Mei lalu.

Program yang julung-julung kali dianjurkan oleh NRE ini dirasmikan oleh Datuk Ir. Dr Hamim Samuri, Timbalan Menteri NRE di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.

Objektif program ini adalah untuk mempromosi dan memperkasakan pelaksanaan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016-2025 yang telah dilancarkan pada 22 Februari 2016. Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama agensi-agensi di bawah NRE, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) dan badan bukan kerajaan ini juga menyediakan platform bagi mengeratkan hubungan dengan orang ramai khususnya golongan belia serta menyokong kempen Tahun Melawat Pahang 2017.

Pelbagai acara menarik seperti ‘Nature Run’ anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia, senaman Zumba, penanaman pokok dan pameran pelbagai agensi telah diadakan sempena sambutan ini.

Booth pameran FRIM mempromosikan ‘Malaysia Biodiversity Information System’ (MyBIS) dan kajian biodiversiti FRIM. FRIM juga menganjurkan aktiviti Pertandingan Mewarna untuk Kanak-Kanak, Kuiz Kenali Rempah Ratus dan Herba serta Pertandingan Terokai Dunia Flora dan Fauna.

Turut hadir, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM; Dato’ Suhaimi Mohd Yunus, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Pahang; wakil-wakil daripada SUK Pahang serta ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan di bawah NRE.

 

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast