FRIM tubuh Pejabat Projek WHS-UNESCO

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara



Abd Latif sedang menyampaikan ucapan perasmian beliau.

Abd Latif sedang menyampaikan ucapan perasmian beliau.

5 Mac 2013 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menubuhkan Program WHS-UNESCO yang melibatkan Projek Digital FRIM and Program Skim Peningkatan Pengurusan Peningkatan Nilai Siswazah (GEMS) untuk menjayakan hasratnya untuk menjulang pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Alam Semula Jadi (WHS) UNESCO menjelang tahun 2017.

Majlis Pelancaran Pejabat Sekretariat WHS-UNESCO, yang terletak di Blok D4 di belakang bangunan pentadbiran utama FRIM, telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod pada 22 Februari 2012.

Dalam ucapan beliau, Abd Latif telah menyeru semua warga FRIM agar member bantuan dan sokongan sepenuhnya kepada Sekretaria Program ini supaya semua dapat bergerak sebagai satu pasukan yang padu dalam menghadapi segala halangan dan rintangan demi mencapai cita-cita murni ini.

Dari kiri: Shamsudin meletakkan papan tanda “Program WHS-UNESCO” pada pintu pejabat secretariat di Blok D4 dengan diperhatikan oleh Pegawai Penyelidik, Noorsiha Ayob, KP FRIM dan Pengarah Bahagian Rancangan Penyelidikan dan Korporat, Dato’ Dr Marzalina Mansor.

Dari kiri: Shamsudin meletakkan papan tanda “Program WHS-UNESCO” pada pintu pejabat secretariat di Blok D4 dengan diperhatikan oleh Pegawai Penyelidik, Noorsiha Ayob, KP FRIM dan Pengarah Bahagian Rancangan Penyelidikan dan Korporat, Dato’ Dr Marzalina Mansor.

Program WHS-UNESCO yang mula beroperasi semenjak 3 September 2012 dengan pengesahan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) ini diketuai oleh Dr Shamsudin Ibrahim.

Beberapa jawatankuasa telah dibentuk bagi melancarkan perjalanan sekrertariat ini, iaitu:

  • Jawatankuasa Peneraju dipengerusikan oleh KP FRIM yang akan bersidang sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Ianya juga akan dihadiri oleh Jawatankuasa Penasihat yang terdiri daripada wakil-wakil daripada Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian (NRE), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Taman Negara Kinabalu, Sabah dan Taman Negara Mulu, Sarawak.
  • Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Program dan akan bersidang sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun. Ianya terdiri daripada enam biro iaitu Biro Infrastruktur, Biro Penyelidikan & Komersialisasi, Biro Biotik, Biro Abiotik, Biro Eko-Pelancongan dan Biro Komuniti.
  • Jawatankuasa Kerja yang merupakan sekretariat utama dan akan bermesyuarat satu (1) kali sebulan. Terbahagi kepada pasukan kerja (task force) iaitu survei dan inventori; pendokumentasian bahan warisan; pembangunan Green Elite-Campus; dan pembangunan Green Community Model.

Proses pendokumentasian khazanah tersimpan dalam kampus warisan ini telah bermula tahun lepas dengan perlaksanaan Program Inventori Pokok “Road to UNESCO” yang masih dijalankan seiring dengan pembentukan program kerjasama antara FRIM-Cube Global menerusi Projek Digital FRIM. Usaha ini juga penting bagi penyediaan FRIM Integrated Conservation Management Master Plan.

Selain itu, Program WHS-UNESCO ini juga akan membabitkan 24 orang peserta Program GEMS dalam aktiviti Inventori Pokok Road to UNESCO dari 2 Januari hingga 30 Jun 2013.

Program GEMS adalah satu inisiatif Kerajaan Malaysia yang bertujuan melengkapkan para graduan menganggur dengan kemahiran dan pengalaman yang bernilai komersial bagi meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.



Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast