FRIM-Sime Darby kerjasama dalam pemuliharaan biodiversiti

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

5 Februari 2016 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani satu Memorandum Usahasama (MOC) dengan Sime Darby Plantation petang tadi untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan pemuliharaan biodiversiti hutan terutamanya dalam pemuliharaan ex-situ spesies pokok hutan yang jarang ditemui serta terancam.

Perjanjian ini juga menggalakkan perkongsian pengetahuan mengenai pembangunan, pengurusan, pemantauan dan penggunaan bukan-komersial spesies tumbuhan hutan ex-situ yang jarang ditemui dan terancam.

Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah mewakili Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) dalam menandatangani dokumen perjanjian tersebut sementara syarikat Sime Darby diwakili Pengurus Urusannya, Datuk Franki Anthony Dass.

Pengarah Bahagian Biodiversiti Hutan, Dr Lillian Chua, dan Ketua Kelestarian dan Pengurusan Kualiti Perladangan Sime Darby, Tang Men Kon juga hadir di majlis sebagai saksi.

Turut hadir, Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Ismail Harun; Timbalan KP (Operasi), Dr Rahim Sudin; Ketua Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM, Norhayati Nordin; dan Ketua Komunikasi Korporat Sime Darby, Carl Dagenhart.

Selepas majlis tersebut, kumpulan dari Sime Darby dibawa oleh Chua dan beberapa staf CCU ke Denai Keruing untuk melihat fenomena “crown shyness” di dalam hutan.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Accessibility
Close