FRIM mulakan tahun baru dengan ikrar integriti

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

22 Januari 2016 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan perhimpunan bulanan pertama tahun ini, dengan ikrar untuk mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Abd Latif Mohmod, dalam ucapannya, mengingatkan staf supaya lebih berdisiplin dan menjauhkan diri daripada aktiviti haram seperti penagihan dadah dan judi.

Pada perhimpunan pagi tadi, DG mengumumkan pelantikan Dr Lillian Chua sebagai Pengarah Bahagian Biodiversiti Hutan dan Dr Woon Weng Chuen sebagai Pengarah bagi Projek Flagship Komersialisasi FRIM (High Temperate Drying).

Beliau juga mengumumkan senarai kakitangan yang dinaikkan pangkat baru-baru ini serta lantikan staf tetap dan kontrak baru.
Di samping itu, Abd Latif menyampaikan hadiah penghargaan dari Unit Komunikasi Korporat kepada dua pegawai penyelidik, Veronica Khoo dan Ong Su Ping, atas sumbangan mereka yang di luar bidang tugas terhadap usaha untuk mempertahankan imej FRIM dengan memberi maklum balas segera terhadap isu-isu yang boleh membawa kesan negative kepada FRIM.

1 (20%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast