FRIM terima penghargaan MPSepang

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

4 Disember 2017 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima penghargaan daripada Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) baru-baru ini atas sokongan terhadap perlaksanaan Smart City@Sepang dan Inisiatif Bandar Rendah Karbon.

Sijil dan plak penghargaan ini disampaikan oleh YB Elizabeth Wong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Negeri Selangor kepada Ketua  Program Teknologi Biomass FRIM, Dr Wan Asma Ibrahim.

Majlis penyampaian penghargaan ini diadakan semasa perasmian Seminar Smart City@Sepang dan Pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon Cyberjaya 2030 pada 28 November 2017.

Turut hadir pada seminar yang diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya ini ialah Yang Dipertua MPSepang, Dato’ Puasa Md Taib.

FRIM melalui projek kerjasama dengan MPSepang telah berjaya menghasilkan bahan pengwasapan mesra alam iaitu ‘Aedes Bio Based Fuel’ (ABBF) dengan menggunakan minyak masak terpakai.

Projek yang diketuai Wan Asma telah menyumbang kepada perlaksanaan program Smart City@Sepang dan Inisiatif Bandar Rendah Karbon. Setakat ini, ABBF telah digunapakai oleh MPSepang di lima buah taman perumahan serta dua tapak binaan di daerah Sepang.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast