FRIM tinjau potensi kerjasama dengan Golden Pharos

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

12 Mei 2017 (Jumaat) – Perkhidmatan Pensijilan Produk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM PCS) telah mengadakan  perbincangan dengan Golden Pharos Berhad di kampus FRIM, Kepong semalam  untuk mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengeluar perabot bumiputera, mekanisme kawalan kualiti perabot dan pensijilan, serta  rantaian pembekalan bahan mentah.

Tujuan perbincangan juga  bagi meninjau kesediaan dan peluang kerjasama  serta peranan yang boleh dimainkan oleh Golden Pharos Berhad dalam membangunkan rangka program untuk memperkasakan  pengusaha perabot Bumiputera terutama dalam isu pembekalan bahan mentah.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ Seri Mohd Amim A. Wahab yang merupakan ahli Anggota Institut serta dihadiri oleh Mohd Zamshari Abd Rahman, Pengarah Urusan FRIM PCS; Datin Salamah Selamat, Pengurus Pensijilan; Dr Zaihan Jalaludin, Ketua Pasukan Audit; Hashim W. Samsi, Ketua Pasukan Teknikal; Mohd Izwan Ismail, Pengurus Operasi; dan Azharizan Mohd Norizan, Pegawai Perhubungan.

Wakil Golden Pharos pula terdiri daripada Adawi Ton Omar, Ketua Pegawai Eksekutif; Mohamad Sulong, Pengurus Besar; Wan Mohd Shuhaimi Wan Aziz, Timbalan Pengurus Besar; Zulkifli Omar, Pengurus Kanan; Syukri Ali, Pengurus Besar Kewangan; dan Mohd Shamsol Mohd Shafie, Pengurus Besar Pesama Timber Sdn Bhd.

Perbincangan ini telah membuahkan hasil yang positif kerana pihak Golden Pharos sangat berminat dan bersedia bekerjasama dengan FRIM dalam memastikan pembekalan bahan mentah yang berterusan kepada pengusaha perabot bumiputera serta telah  meninjau potensi untuk bekerjasama dalam pengkomersialan produk herba dan lain-lain bidang yang akan dikenalpasti kelak.

Pegawai-pegawai FRIM lain yang turut hadir termasuk Dr Khairul Awang, Ketua Makmal Ujian Perabot, Bahagian Keluaran Hutan; Dr Wan Rasidah Abd Kadir, Ketua Program Hutan Ladang, Bahagian Bioteknologi Perhutanan; dan Dr Nor Azah Mohamad Ali, Ketua Program Pembangunan Produk Herba, Bahagian Hasilan Semulajadi.

Rate this post

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast