FRIM TERIMA DANA “CARBON OFFSET” DARIPADA MAS

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), bagi pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah  menubuhkan sebuah dana di atas sumbangan MAS untuk Skim “Carbon Offset” bagi pengurusan, serta penyambungan projek perlindungan dan pemulihan bagi Hutan Paya Gambut di Pahang. 

Setiausaha Bahagian  Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar –  Dr. Teddy Lian kok Fei  menerima cek sumbangan pertama daripada  Ketua Pegawai Eksekutif MAS – Dato’ Sri Idris Jala  yang berjumlah RM80,000 di majlis penyerahan bertempat di Akademi Latihan Mas di Kelana Jaya pada 12 january yang lalu. 

Bermula pada Jun 2008, skim ini membolehkan rakan kerjasama serta pelanggan MAS untuk menyumbang bagi menjayakan dana ini di dalam usaha meminimumkan penggunaan karbon dioksida. 

Menurut  Dato’ Sri Idris Jala, 50% daripada penyumbang adala rakyat tempatan dan yang lain-lain adalah dari eropah, Australia dan Amerika, tambah beliau lagi ini adalah satu perkembangan yang positif di kalangan warga tempatan akan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 

Pengunjung yang  melayari Sistem Tempahan MAS perlulah menaip asal dan destinasi penerbangan mereka serta  pengiraan berkenaan penggunaan karbon dioksida yang dilepaskan terhadap alam sekitar. Perkhidmatan ini juga boleh dinikmati oleh semua penumpang  MASwings dan  Firefly.

 

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast