FRIM buka semula titian pada pertengahan tahun

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

FRIM to reopen Canopy Walkway

22 Januari 2016 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merancang untuk membuka semula Titian Silara FRIM kepada pengunjung pada pertengahan tahun ini.

Ketua Eko-pelancongan dan Hutan Bandar Dr Noor Azlin Yahya berkata keadaan pokok-pokok penyokong titian tersebut yang mengalami kerosakan disebabkan oleh pokok tumbang semasa hujan lebat Oktober lalu telah kelihatan bertambah baik dan kemungkinan kerja-kerja pembaikan boleh dilaksanakan mulai Mac atau April.

“Penilaian dan perbincangan masih berterusan. Yang paling penting dalam pertimbangan kami adalah keselamatan pengunjung. Titian tersebut mungkin akan dipendekkan sedikit dan jumlah pengunjung yang dibenarkan untuk menaiki titian juga akan dikurangkan kepada 60 orang sehari. Mereka perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya sehari sebelum datang ke FRIM,” katanya.

Noor Azlin berkata, walau bagaimanapun, Denai Rover masih ditutup kepada orang ramai dan hanya pengunjung yang memperolehi tiket bagi Titian Silara akan dibenarkan masuk mengikut laluan ini ke titian tersebut.

Titian Silara dan Denai Rover FRIM telah ditutup sejak 13 Oktober 2015 akibat kerosakan teruk disebabkan oleh hujan lebat berterusan yang turut menjejaskan harta dan kemudahan di dalam Kampus FRIM.

Pihak pengurusan FRIM membuat keputusan ini untuk memastikan keselamatan orang ramai. Namun, masih terdapat banyak pertanyaan diterima terutamanya mengenai status Titian Silara.

Ketua Komunikasi Korporat FRIM, Norhayati Nordin, berkata: “Sila layari laman web serta Facebook FRIM kerana FRIM akan berkongsi maklumat terkini melalui saluran online ini. Jangan datang dari jauh dan berasa kecewa apabila diberitahu Titian Silara masih ditutup.”

Pengunjung juga boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Setempat (PPS) FRIM untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, melalui talian +603-62797592 / 7649 atau e-mel kepada: frim_enquiry@frim.gov.my.

3.7 (73.33%) 3 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast