FRIM kerjasama dengan JPSM dalam kajian biji benih

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

2 Mac 2016 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) semalam untuk bekerjasama dalam penentuan kualiti bahan tanaman di Pusat Perolehan Biji Benih, Lentang, Pahang.

Dokumen perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod dan Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan, Dato’ Dr Marzalina Mansor sebagai saksi bagi pihak FRIM. JPSM pula diwakili oleh KP JPSM, Dato’ Sri Dr Abd Rahman Abd Rahim dengan Pengarah Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, Dato’ Lim Kee Leng sebagai saksi.

Turut hadir, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Pengerusi Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB); Dato’ Nor Akhirrudin Mahmud, Timbalan KP Perhutanan (Dasar dan Perancangan) JPSM; Borhanudin Arshad, Timbalan KP Perhutanan (Operasi dan Teknikal) JPSM; ahli-ahli MFRDB lain serta staf Makmal Teknologi Biji Benih FRIM.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Accessibility
Close