FRIM umum lantikan Timbalan KP baharu

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

Staf FRIM berikrar

Staf FRIM berikrar untuk mengukuhkan integriti dalam perkhidmatan.

15 Januari 2018 (Isnin) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah mengumumkan pelantikan Dr Khali Aziz Hamzah sebagai Timbalan KP (Operasi) baharu semasa perhimpunan bulanan di Dataran FRIM pada 10 Januari lalu.

Beliau juga mengumumkan pelantikan Dr Nor Azah Mohamad Ali yang merupakan Ketua Program Pembangunan Produk Herba sejak 1 Mac 2009 sebagai Pengarah Bahagian Hasilan Semula Jadi baharu.

Abd Latif menyampaikan ucapan

Abd Latif menyampaikan ucapan beliau pada majlis.

Jawatan Timbalan KP (Operasi) dahulunya dipegang oleh Datuk Dr Rahim Sudin yang bersara pada hujung tahun lepas.

Di perhimpunan tersebut, Abd Latif menyampaikan Sijil Skim Akreditasi Makmal Malaysia kepada wakil-wakil makmal ujian serta Sijil Pengiktirafan ISO 9001:2015 kepada pengarah-pengarah bahagian.

Khali Aziz (kiri) dan Nor Azah

Khali Aziz (kiri) dan Nor Azah berkongsi aspirasi masing-masing.

Beliau turut menyampaikan sijil kepada pengarah-pengarah bahagian yang telah berjaya melaksanakan penjimatan elektrik dan air.

Sempena perhimpunan bulanan pertama ini, staf FRIM juga mengambil ikrar untuk menjalankan tugasan dengan penuh integriti.

Turut hadir, Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Ismail Harun dan ahli-ahli Majlis Pengurusan Tertinggi FRIM yang lain.

Petang tadi, Bahagian Sumber Manusia FRIM juga mengumumkan kenaikan pangkat Liza Ismail sebagai Pengarah Pentadbiran dan Toh An Nee sebagai Ketua Unit Komunikasi Korporat baharu. Kesemua kenaikan pangkat ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.

penyampaian sijil ISO

Dari kiri: Khali Aziz; Pengarah Bahagian Keluaran Hutan, Dr Gan Kee Seng; Abd Latif dan Ismail semasa penyampaian sijil ISO.

Liza (kiri) dan Toh

Liza (kiri) dan Toh yang baru dinaikan pangkat.

4 (80%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast