FRIM lawat pejabat Harian Metro

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

10 Mac 2016 (Khamis) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, diiringi oleh 20 staf, telah mengadakan lawatan ke pejabat Harian Metro di Kuala Lumpur pada 8 Mac.

Delegasi FRIM dibawa ke Bilik Mesyuarat Samad untuk sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Harian Metro, Ahmad@Salim Bachok yang mengalu-alukan kedatangan rombongan FRIM.

KP FRIM memperkenalkan wakil-wakil FRIM dan menjelaskan objektif lawatan untuk memberi penghargaan atas sokongan dan kerjasama Harian Metro terhadap usaha pemuliharaan hutan dan alam sekitar.

Selepas sesi perbincangan, delegasi FRIM dan wakil-wakil Harian Metro menyaksikan majlis penanaman pokok yang diadakan sebagai acara simbolik bagi memperingati lawatan itu. FRIM menghadiahkan pokok susun kelapa / sisik kelah (Tabernaemontana divaricata) yang ditanam oleh Ahmad bagi pihak Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar.

Turut hadir, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM, Dr Ismail Harun; Ketua Komunikasi Korporat FRIM, Norhayati Nordin; Pengarang Bersekutu (Berita dan Integrasi Media) Harian Metro, Noorsham Md Salleh; serta Pengarang Kanan Berita, Abdul Manan Abdul Samad.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Accessibility
Close