FRIM dapat pingat Emas untuk penemuan serat makanan mengkudu

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

 

7 Mac 2013 (Khamis) – Hasil penemuan penyelidikan FRIM ke atas penggunaan serat makanan atau fraksi kaya polisakarida daripada mengkudu atau noni (Morinda citrifolia) sebagai ejen pengawalan kandungan gula dalam darah telah memenangi Pingat Emas dengan pujian dari panel juri di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2013 baru-baru ini.

Nik Musa’adah Memegang sijil Pingat Emas.

Nik Musa’adah Memegang sijil Pingat Emas.

Nik Musa’adah bersama-sama ahli-ahli kumpulannya (dari kiri) Mohamed Jemain Ridhwan, Rohana Sahdan, Nik Musaadah Mustapha, Abd. Rashid Li dan  Azman Mohamed.

Nik Musa’adah bersama-sama ahli-ahli kumpulannya (dari kiri) Mohamed Jemain Ridhwan, Rohana Sahdan, Nik Musaadah Mustapha, Abd. Rashid Li dan Azman Mohamed.

“Kami mendapati bahawa serat makanan dalam mengkudu ini boleh merencat aktiviti alfa-amilase, iaitu enzim yang terlibat dengan pencernaan karbohidrat. Oleh itu, ia mempunyai potensi untuk mengawal kandungan glukosa darah selepas makan yang dikaitkan dengan peningkatan risiko komplikasi penyakit kencing manis,” kata Dr Nik Musa’adah Mustapha yang mengetuai kumpulan penyelidik yang terlibat dalam kajian ini.

Beliau juga berkata fraksi kaya polisakarida ini juga boleh dimasukkan ke dalam produk makanan dan kesihatan, dan ianya lebih baik berbanding jus, puri atau ekstrak air buah mengkudu kerana ia tidak mempunyai bau atau rasa yang tidak menyenangkan.

Sebanyak dua produk makanan kesihatan berasaskan fraksi polisakarida mengkudu telah berjaya dibangunkan, iaitu biskut serat berkhasiat dan minuman kopi putih Le’ Natura, oleh syarikat Nourish Care Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2008 di bawah Program Pembangunan Bio-Usahawan Siswazah FRIM-MTDC (FMBioSis ™).

Rushdan (bersongkok) mendengar pertanyaan dari para juri di MTE 2013.

Rushdan (bersongkok) mendengar pertanyaan dari para juri di MTE 2013.

Fadzureena (kedua dari kiri) memberi keterangan mengenai ekstrak piawai anti-gout dari Baeckea frustescens (cucur atap).

Fadzureena (kedua dari kiri) memberi keterangan mengenai ekstrak piawai anti-gout dari Baeckea frustescens (cucur atap).

FRIM telah menghantar sebanyak enam penyertaan untuk pameran dan pertandingan inovasi sempena MTE 2013 yang berlangsung dari 21 hingga 23 Feb 2013, dan berjaya memenangi  pingat untuk semua penyertaannya termasuk tiga pingat perak dan dua gangsa untuk:

  • Hibrid Venir Kayu Palma Beralur  (ChyPaWV)  – kumpulan penyelidik diketuai oleh  Dr Abdul Hamid Saleh (perak);
  • Pembuatan Pulpa dan Kertas dari Batang Kenaf Malaysia – diketuai Dr Rushdan Ibrahim (perak);
  • Indeks Pengukuran Ketenangan Minyak Gaharu – diketuai Sahrim Lias (perak);
  • Ekstrak Piawai Cucur Atap (Baeckea frustescens) untuk Gout – diketuai Dr Fadzureena Jamaludin (gangsa); dan
  • Venir Kayu Palma Terjurutera (EPAWV) – diketuai Dr Abdul Hamid Saleh (gangsa).

 

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast