FRIM, Zoo Negara bincang penanaman buluh

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara



Abd Latif (kiri) dan Zahari (kedua dari kiri) bersama pegawai-pegawai lain semasa perbincangan di Zoo Negara.

Abd Latif (kiri) dan Zahari (kedua dari kiri) bersama pegawai-pegawai lain semasa perbincangan di Zoo Negara.

26 Februari 2013 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, telah membuat lawatan ke Zoo Negara pada 22 Februari untuk membincangkan penanaman pokok buluh untuk makanan panda yang bakal menyerikan Zoo Negara pada bulan Mei nanti.

Lawatan ke kawasan penanaman buluh.

Lawatan ke kawasan penanaman buluh.

Abd Latif yang diiringi oleh dua orang penyelidik FRIM, Abd Razak Othman dan Mohd Afendi Hussin, juga mengadakan perbincangan dengan Presiden Zoo Negara, Dato’ Sr. Zahari Md Arif, Timbalan Presiden, Rosli @ Rahmat Ahmat Lana, dan pegawai-pegawai lain mengenai jalinan kerjasama dua hala antara FRIM dengan Zoo Negara.

Dari kiri: Afendi, Abd Latif, Abd Razak bersama Mohamad Ismail, Pegawai Zoo Negara di tapak penanaman buluh.

Dari kiri: Afendi, Abd Latif, Abd Razak bersama Mohamad Ismail, Pegawai Zoo Negara di tapak penanaman buluh.

Gambar berkumpulan sebelum bersurai.

Gambar berkumpulan sebelum bersurai.

Antara lain, mereka membincangkan tentang kaedah “food testing” pemakanan panda, kaedah penghantaran sampel buluh ke Negara China, penambahbaik landskap kawasan Zoo Negara dan jalinan kerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam usaha penghantaran sampel buluh.

Mereka juga dibawa melawat ke tapak penanaman buluh berhampiran zoo dan kawasan seluas 20 ekar yang bakal ditanam pokok buluh.

FRIM telah menghantar sebanyak 190 pokok benih buluh terdiri daripada 20 benih buluh siam (Thyrsostachys siamensis), 30 benih buluh betung (Dendrocalamus asper), 20  buluh buddha belly/botol (Bambusa  ventricosa) dan sebanyak 120  benih buluh pagar (Bambusa  multiplex)  ke Zoo Negara untuk ditanam.

Setakat ini, 120 benih telah ditanam dan dijangkakan sebanyak  500 benih  buluh lagi akan ditanam di Zoo Negara dalam program PANDA nanti.



Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast