Tanggungjawab Sosial Korporat

Last modified: Oktober 11, 2017

Latar Belakang CSR di FRIM

Secara umumnya tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga organisasi. CSR juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej organisasi. CSR mampu memberikan satu laluan yang kondusif dan efektif kepada FRIM dalam mempromosi produk mahupun jenama FRIM sendiri. Sejak tahun 2000 lagi, FRIM telah mula bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti CSR. Beberapa program telah dirangka sejak itu hingga kini yang melibatkan pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. Menerusi program-program berkenaan, usaha untuk memperkenalkan FRIM sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab serta mempelopori gerakan hijau dan mesra alam dapat dilaksanakan. Beberapa aktiviti kesedaran telah dianjurkan bagi menyebarkan maklumat kepada orang awam. Penganjuran aktiviti-aktiviti berkenaan turut mendapat kerjasama daripada badan-badan korporat gergasi tempatan mahupun antarabangsa serta institusi pengajian tinggi tempatan. Aktiviti-aktiviti CSR yang dijalankan di FRIM dibahagikan kepada beberapa kategori seperti:

  • Penanaman pokok (Klik di sini untuk menonton: “Reasons to plant trees)
  • Khidmat masyarakat/Gotong-royong
  • Penajaan
  • Gaya hidup sihat
  • ’Outreach’ atau kesedaran alam sekitar

Hubungi Kami Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM seperti berikut:- Talian Pejabat. : 03-6279 7591 / 7577 / 7529 Talian Faks : 03-6277 0583 Talian sms. : 019-205 1356 E-mel : frim_ccu@frim.gov.my Untuk sebarang surat permohonan hendaklah dimajukan kepada pegawai di bawah: Norhayati Nordin Ketua Unit Komunikasi Korporat (CCU) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 52109 Kepong Selangor Darul Ehsan E-mel: nnorhayati@frim.gov.my

Permohonan untuk melaksanakan aktiviti CSR perlulah dihantar kepada pihak FRIM sekurang-kurangnya sebulan awal.
Sepanjang tahun 2010–2013, sebanyak 4,564 pokok telah ditanam hasil usaha CSR FRIM dengan 65 badan korporat. Selaras dengan usaha ini, Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM telah memulakan inisiatif penanaman pokok bersama Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) bagi Program Perniagaan Pelancongan Hijau yang dilancarkan bagi menyokong komitmen kerajaan untuk mengimbangi pelepasan karbon sebanyak 40 peratus pada tahun 2020. Selain aktiviti penanaman pokok sebagai aktiviti CSR sesebuah organisasi, terdapat juga aktiviti tanam pokok yang dijadikan kenangan atau komemoratif (memorial or commemorative planting). Aktiviti ini khusus untuk memperingati sesuatu peristiwa tertentu seperti hari lahir, majlis istimewa atau tanaman oleh VIP/tetamu dan lokasi tanaman adalah di lokasi yang utama di FRIM (prime area). Oleh kerana FRIM telah diisytihar sebagai Tapak Warisan Semulajadi pada 2009 dan Warisan Kebangsaan pada 2012, adalah menjadi satu penghormatan sekiranya dapat menanam pokok di FRIM yang akan dipelihara sepanjang zaman. Panduan untuk aktiviti penanaman pokok: Tapak Penanaman: Kawasan FRIM atau kawasan lain seperti yang dinasihatkan oleh pegawai FRIM yang bertanggungjawab. Persediaan aktiviti penanaman pokok adalah seperti berikut:
  • Pemilihan Spesies
  • Penyediaan Lubang Penanaman
  • Tapak Penanaman
  • Pemilihan anak pokok

Tema Penanaman: Spesies kayu yang diambil dari hutan FRIM untuk tujuan percubaan dan pemuliharaan atau spesies pokok hiasan dan pokok teduhan. Pilihan spesies tertakluk pada stok di tapak semaian. Bahan Penanaman: Ketinggian anak pokok antara 1-2 meter. Bilangan minimum untuk penanaman pokok korporat ialah 30 batang. Aktiviti Penanaman: Penyediaan tapak dan peralatan akan disediakan oleh pihak FRIM. Peserta digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif. Peserta juga boleh mewakilkan kepada kakitangan FRIM untuk aktiviti penanaman pokok jika lokasi sukar diakses (terlalu curam, terlalu berlumpur atau terlalu jauh). Bukti secara bergambar akan diberikan setelah acara selesai. Petanda: Plak/Penanda akan dibina sebagai tanda aktiviti penanaman jika bilangan pokok yang ditanam melebihi 30 batang. Berikut merupakan maklumat yang terdapat pada plak:

Saiz Plak 1” x 1.5”
Warna plak : Hitam / 1 meter high

Saiz Plak 1” x 1.5”
Warna plak : Hitam / 1 meter high

Peserta: Nisbah bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam penanaman pokok ialah 1:3, iaitu satu (1) pokok boleh ditanam maksimum tiga (3) orang. Ini adalah untuk memastikan tapak penanaman tidak terlalu padat dengan peserta. Pengkalan Data Tanaman: Pokok yang telah ditanam akan dipetakkan dan maklumat akan disimpan di dalam pengkalan data FRIM. Semua aktiviti penanaman pokok telah direkodkan sejak tahun 1926 dan semua pokok adalah hak milik FRIM. Tanggungjawab FRIM: Mengekalkan pokok-pokok yang ditanam sebagai sebahagian dari rutin tanah dan penyelenggaraan landskap seperti merumput, membaja, dan lain-lain mengikut keperluan dan amalan biasa. Anak-anak pokok kebiasaannya akan ditanam agak rapat antara satu sama lain. Mana-mana pokok yang mati tidak akan diganti. Walau bagaimanapun, JIKA DIGANTI, ia tidak semestinya diganti dengan spesies yang sama. Pengurusan Aktiviti: Sila tulis secara rasmi kepada FRIM, untuk perhatian Unit Komunikasi Korporat. Notis awal adalah penting untuk pihak FRIM membuat persediaan yang diperlukan. Pihak FRIM mempunyai hak untuk menerima atau menolak mana-mana permintaan. Peralatan: Semua peralatan penting untuk menanam pokok akan disediakan (cangkul, penyodok dan lain-lain). Sijil: Sijil akan diberikan kepada semua penaja korporat yang menyertai program menanam pokok ini dan akan diakui sebagai ‘SAHABAT FRIM’ (‘FRIENDS OF FRIM’). Kos sepokok:

Aktiviti Kos (RM)
‘Forester for a Day’ RM 100.00 sebatang pokok
Tanaman Komemoratif (Taman Botani Kepong/Taman Tema) RM 500.00 – RM 5,000.00 sebatang pokok

(Kadar di atas tidak termasuk cukai GST sebanyak 6%)

MyCEB Chief Executive Officer, Zulkefli Sharif, planting a chengal tree.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Zulkefli Sharif, menanam pokok chengal.

Selain aktiviti menanam pokok, FRIM turut menyediakan aktiviti kebajikan/gotong-royong untuk pihak luar yang berminat mengadakan program CSR di dalam FRIM. Antara badan korporat yang pernah melaksanakan aktiviti CSR di FRIM ialah Sin Chew Cadet Journalists, Kolej Multimedia & Institusi Orang Pekak (PESIBA), Starbucks PJ, Maybank (Group Credit Management & Regional Retail Credit, Region FT), Institut Pendidikan Guru, dan Kumpulan Kursus Bahasa Melayu Kejuruteraan UIAM.

Gotong-royong membersihkan sungai di FRIM

Gotong-royong membersihkan sungai di FRIM.

Pelajar Malaysian Institute Information Technology (MIIT)

Pelajar Malaysian Institute Information Technology (MIIT) mengecat dinding mural untuk mencantikkan Tabika Kemas Akasia.

Pelajar UiTM menjadi sukarelawan

Pelajar UiTM menjadi sukarelawan menanam pokok sumbangan Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Kakitangan Hewlett Packard (M) Corporation Sdn. Bhd.

Kakitangan Hewlett Packard (M) Corporation Sdn. Bhd. menyulam semula anak pokok.

Antara penajaan yang disalurkan oleh badan korporat kepada FRIM adalah tajaan infrastruktur yang berupa Papan Maklumat di kawasan perkelahan dan Taman Botani Kepong yang telah disumbangkan oleh Conocophillips pada tahun 2011. PUSPAKOM dan Plenitude turut serta melaksanakan program CSR mereka dengan menyertai program penajaan dengan masing-masing memberi sumbangan wakaf dan menaiktaraf denai. Selain tajaan infrastruktur, pihak FRIM turut menerima tajaan bagi aktiviti penanaman pokok. Organisasi yang berminat boleh menyalurkan sumbangan berbentuk cek (tertakluk kepada syarat) dan seterusnya aktiviti penanaman pokok akan dilakukan oleh pihak sukarelawan yang dilantik oleh pihak FRIM.

Papan maklumat yang ditaja oleh ConocoPhillips

Papan maklumat yang ditaja oleh ConocoPhillips.

Ho Foong Moi, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Institute of Accountants (MIA)

Ho Foong Moi, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Institute of Accountants (MIA), menyerah cek sumbangan program menanam pokok kepada Ketua Pengarah FRIM.

Wakaf sumbangan PUSPAKOM.

Wakaf sumbangan PUSPAKOM.

Kakitangan Plenitude Berhad bersama wakil FRIM di denai kanopi yang dinaiktaraf

Kakitangan Plenitude Berhad bersama wakil FRIM di denai kanopi yang dinaiktaraf.

Seiring dengan matlamat kerajaan ingin melahirkan ‘Negara bersih Rakyat sihat’, FRIM turut mengalu-alukan badan korporat yang ingin melakukan aktiviti Gaya Hidup Sihat sebagai program CSR mereka. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh badan korporat di FRIM ialah Cabaran Sihat dengan Kevin Zahari dan Utusan Karya; Green Walkathon bersama Carigali Exploration Sector; Larian Pink Hope bersama Lions Club; Eco Fun Walk; dan Green Cycle sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

 Green Walkathon bersama Carigali Exploration Sector

Green Walkathon bersama Carigali Exploration Sector.

Aktiviti “Green Cycle”

Aktiviti “Green Cycle” dianjurkan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia peringkat FRIM 2010.

Larian Pink Hope bersama Lions Club

Larian Pink Hope bersama Lions Club.

Peserta larian ‘Frost the Trail’

Peserta larian ‘Frost the Trail’ anjuran Frost and Sullivan di Taman Botani Kepong, FRIM.

Perlaksanaan aktiviti-aktiviti Kesedaran Alam Sekitar FRIM bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan umum tentang kepentingan menyayangi dan menghargai hutan. Pelbagai aktiviti menarik yang telah berjaya dilaksanakan di bawah Program Kesedaran Alam Sekitar ialah Kempen “Katakan Tidak Pada Plastik dan Polistirena”; Pertandingan Fotografi; Bengkel Fotografi; Kembara Bersama Media (anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama FRIM); Car Boot Sale; Kaunter Kitar Semula dan Erra Art Club sempena Hari Alam Sekitar Sedunia (WED); Pameran Fotografi FRIM sempena sambutan Hari Bumi Sedunia; dan Festival Kesenian Orang Asli dan Pribumi Malaysia (2011) bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Kaunter Kitar Semula di FRIM

Kaunter Kitar Semula di FRIM.

Pertandingan Melukis oleh Erra Art Club

Pertandingan Melukis oleh Erra Art Club.

Kempen “Katakan Tidak Pada Plastik dan Polistirena”

Kempen “Katakan Tidak Pada Plastik dan Polistirena”.

3.8 (76.67%) 12 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast