Hadiah anak pokok untuk pemenang Sukan SEA ke-29

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

8 September 2017 (Jumaat) – Tapak semaian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah membekalkan sebahagian daripada anak-anak pokok spesies hutan yang dijadikan sebagai cenderahati pemenang-pemenang pingat di Sukan SEA ke-29 yang berlangsung pada 19-30 Ogos.

Program ‘Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree)’ merupakan salah satu program ‘Inisiatif Hijau KL2017’ yang diadakan untuk mengimbangkan jejak karbon (carbon footprint) serta memupuk semangat cintakan alam sekitar sempena Sukan SEA ini.

Program Inisiatif Hijau KL2017 dipengerusikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), diselaraskan oleh Sportswork dengan kerjasama rakan hijau, Landskap Malaysia. SCGM Berhad merupakan rakan hijau rasmi KL2017, manakala Tenaga Nasional Berhad adalah penaja bersama.

Selepas tamat kedua-dua Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN, anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang telah dibina dalam Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS). Kawasan ini merupakan koridor ekologi penting yang membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan dengan selamat.

Ketua Cawangan Pengeluaran Bahan Tanaman FRIM, Dr Siti Salwana Hashim telah dihubungi pada hujung bulan April lalu untuk mendapat sebahagian daripada pokok yang digunakan bagi upacara cenderahati dari tapak semaian FRIM.

Beliau juga membantu dalam pemilihan spesies pokok berdasarkan kriteria termasuk spesies tempatan (indigenous), spesies pokok buah nadir yang dapat membekalkan makanan untuk hidupan liar dan stok tanaman yang mudah diperolehi.

Akhirnya, spesies-spesies yang dipilih adalah Syzygium malaccense (jambu bol) S. polyanthum (salam) dan Garcinia hombroniana (bruas).

 

 

5 (100%) 2 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast