HTC FRIM terima Pensijilan Halal

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

htc

Sijil Pengesahan Halal dan produk-produk yang berkenaan. 

htc

Mesin pengekstrak di HTC. 

27 Disember 2017 (Rabu) – Pusat Teknologi Herba (HTC) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang menerima pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi pengilangan produk tradisi berbentuk kapsul dan tablet daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara pada 2007 telah melangkah setapak ke hadapan lagi dengan penerimaan pensijilan Halal baru-baru ini.

Sijil Pengesahan Halal yang diberi oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) pada 12 Disember 2017 ini ialah untuk enam ekstrak herba yang dihasilkan oleh FRIM, iaitu tongkat ali, kacip fatimah, patawali, asam gelugor, misai kucing dan hempedu bumi.

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa produk-produk yang dihasil serta diproses di HTC FRIM berkualiti, bersih dan halal.

Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod berkata beliau berharap pengiktirafan ini dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna dan pihak industri terhadap produk hasilan FRIM serta kemampuan HTC untuk memberi perkhidmatan yang memuaskan.

Pencapaian mutakhir ini selaras dengan usaha transformasi FRIM ke arah menjadi sebuah institusi penyelidikan terkemuka yang mampu menghasil serta mengkomersialkan produk serta teknologi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) bukan hanya di peringkat kebangsaan bahkan di peringkat global.

htc

Bangunan HTC di kampus FRIM. 

htc

Semua staf FRIM yang bertugas di HTC. .

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast