KP FRIM bangga dengan pencapaian SKJT Puchong

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

11 Oktober 2017 (Rabu) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menghadiri majlis anugerah khas dan penghargaan yang dianjurkan oleh SJKT Puchong untuk meraikan penerimaan dua anugerah antarabangsa.

Majlis tersebut yang diadakan pada 4 Oktober disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk P. Kamalanathan.

Penolong Guru Besar SJKT Puchong, K. Karppaham, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan terima kasih dan penghargaan sekolah tersebut kepada KP FRIM kerana membenarkan para pelajarnya untuk menggunakan makmal pulpa dan kertas FRIM untuk melaksanakan kajian dan pembangunan produk inovatif masker ajaib.

Masker ajaib tersebut dihasilkan daripada sisa-sisa buangan pertanian oleh lima murid-murid Tahun Lima yang diketuai Ryasree Sreetharan dan dianggotai oleh Tivyan Mohan, Kirthiraaj Gopikrishna, Tharshana Sivabalan dan Vilassheqa Vijayakumar.

Produk mereka memenangi Pingat Emas dan Anugerah Khas Juri di Pertandingan Inovasi International Young Inventors Award (IYIA) yang berlangsung di Jakarta pada 21-24 September.

Abd Latif berkata FRIM turut berbangga kerana memainkan peranan dalam kejayaan sekolah tersebut. Tambah beliau, FRIM akan terus menyumbang kepada usaha mempromosi minat terhadap sains dan inovasi dalam kalangan generasi muda.

Pada majlis sama, KP menerima sijil penghargaan serta selendang (ponandai) khas yang disampaikan oleh Kamalanathan sebagai tanda penghargaan tertinggi terhadap sumbangan FRIM.

Turut hadir, Penyelidik Kanan FRIM Dr Rushdan Ibrahim dan Pegawai Media Toh An Nee.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast