KP FRIM hadiri majlis perpisahan Nuan Nuan

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

12 Oktober 2017 (Khamis) – Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menghadiri ‘Majlis Perpisahan Anak Giant Panda, Nuan Nuan’ di Pusat Konservasi Giant Panda (GPCC), Zoo Negara pada 5 Oktober lalu.

Nuan Nuan yang merupakan anak panda pertama dilahirkan di Malaysia pada 18 Ogos 2015 oleh pasangan panda, Xing Xing dan Liang Liang dan akan dipulangkan ke Negara China pada 14 November 2017.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Turut hadir, Datin Sri Feona Wan Junaidi, isteri Menteri; Datuk Ir Hamim Samuri, Timbalan Menteri NRE; Dr Ismail Harun, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM; Norhayati Nordin, Ketua Komunikasi Korporat FRIM; staf dan ketua-ketua serta wakil jabatan-jabatan lain di bawah NRE.

FRIM telah membantu dalam memperkasakan landskap di sekitar kawasan GPCC dan kampus Zoo Negara serta mendirikan Monumen Ikonik Panda di situ semenjak 2013. KP FRIM juga mengetuai usaha ‘rebranding’ dan pengimejan semula zoo tersebut.

Selain itu, FRIM dipertanggungjawabkan untuk membantu persediaan bekalan makanan bagi pasangan beruang panda tersebut, khususnya dalam mengenal pasti serta membantu penanaman spesies buluh yang sesuai sebagai sumber makanan.

KP FRIM juga memeterai sambungan perjanjian persefahaman (MOU) dengan Pengarah Zoologi, Veterinari dan GPCC, Dr Mat Naim Ramli untuk meneruskan kerjasama dalam pembekalan buluh makanan panda.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast