KP FRIM jelas isu lebuhraya Rawang Bypass

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

Rawang Bypass

Kiri: Perkongsian melalui facebook yang mengandungi maklumat tidak tepat mengenai FRIM. Kanan: Abd Latif.

10 Oktober 2017 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menjelaskan peranan FRIM dalam isu lebuhraya Rawang Bypass yang diwar-warkan melalui Facebook baru-baru ini.

Dalam laporan yang dikongsi melalui facebook pada 1 Oktober 2017, FRIM dikatakan menerima RM50,000 bagi setiap pokok merawan kanching yang terkorban dalam pembangunan lebuhraya tersebut.

“Ingin diperbetulkan bahawa FRIM tidak menerima apa-apa bayaran seperti yang dinyatakan kerana Jajaran Lebuhraya berkenaan adalah melalui hutan di bawah jagaan Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor,” kata Abd Latif.

Walau bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada warga media sosial atas keprihatinan terhadap perhutanan, alam sekitar dan penjagaan khazanah negara.

Penglibatan FRIM hanyalah dari segi input saintifik dan teknikal berkaitan jenis-jenis pokok dan kekayaan biodiversiti di kawasan yang terlibat; dan dibentangkan juga oleh KP FRIM kepada Majlis Biodiversiti Negara pada tahun 2012.

Atas nasihat Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, pihak pemegang konsesi lebuhraya telah mengubah laluan bagi menyelamatkan pokok-pokok merawan kanching (nama saintifiknya, Hopea subalata) yang berstatus ‘Critically Endangered’ (CR). Pokok-pokok tersebut merupakan satu-satunya populasi spesies Hopea subalata yang terdapat di Malaysia dan dunia.

Lebuhraya ini juga direka tinggi bagi mengambil kira pertumbuhan pokok-pokok kapur (Dryobalanops aromatica) yang banyak terdapat di kawasan tersebut.

Kawasan yang terselamat ini telah dijadikan Hutan Pemuliharaan Bernilai Tinggi (High Conservation Value Forest, HCVF), hasil daripada usaha Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan FRIM untuk menyelamatkan tumbuhan terancam (CR dan juga EN atau ‘Endangered’) di Semenanjung Malaysia semenjak 2009.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat melalui emel kepada frim_ccu@frim.gov.my.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast