KP FRIM lancar program tanam pokok AEON

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

7 Ogos 2017 (Isnin) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah melancarkan Program ‘Hometown Forest’ di AEON Mall, Bandar Dato’ Oon, Johor Bahru pada 5 Ogos lalu.

Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran hijau serta menyediakan platform untuk komuniti tempatan belajar dan menghargai alam sekitar.

Seramai 200 pelajar dari lima sekolah dan 400 sukarelawan yang menyertai program ini telah menanam 10,075 pokok daripada 50 spesies termasuk tualang, meranti, keruing dan tongkat ali di sekitar kawasan pasaraya tersebut.

Ketua Cawangan Ekofisiologi FRIM, Dr Ang Lai Hoe yang dilantik sebagai penasihat syarikat AEON dalam usaha penghijauan semula kawasan ini, juga memberi talklimat mengenai cara penanaman pokok.

Turut hadir, Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON; Datin Halidah Kasmin, isteri KP FRIM dan anak mereka, Muhammad Ismail Abd Latif; serta wakil-wakil pihak berkuasa tempatan, polis, iM4U dan ‘Malaysian College of Hospitality and Management’.

Rate this post

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast