KP FRIM lawat tapak Projek CHiMP

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

5 Disember 2017 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah mengadakan lawatan ke Taman Gunung Cameron Highlands (Cameron Highlands Montane Park atau CHiMP) di Hutan Lipur Parit Falls pada 1-2 Disember untuk meninjau kemajuan kerja projek tersebut.

Abd Latif mendengar taklimat serta mengadakan perbincangan dengan Ketua Projek CHiMP, Noorsiha Ayop tentang persediaan majlis perasmian CHiMP yang bakal diadakan awal tahun hadapan.

Beliau juga dibawa untuk meninjau beberapa tapak menarik di CHiMP dengan diiringi Noorsiha, pegawai bertugas, Nurliyana Abdul Latif; jurutera projek Kavhn Surendran; dan beberapa staf FRIM yang lain.

CHiMP merupakan tapak ‘genebank’ atau pengumpulan pelbagai spesies hutan flora pergunungan di Semenanjung Malaysia. Taman ini mempunyai lebih 520 taksa (15-20%) daripada anggaran jumlah 3,300 spesies flora pergunungan di Semenanjung Malaysia; serta 14 ‘showcase gardens’. Ia akan menjadi lokasi tumpuan para saintis dari dalam dan luar negara.

Projek CHiMP yang dilaksanakan oleh FRIM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ini sejajar dengan komitmen kerajaan dalam menangani pelbagai isu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar tanah tinggi.

Program lawatan tersebut memfokuskan kepada perancangan pembangunan pelbagai komponen fizikal di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi keperluan penyelidikan, pemuliharaan, pendidikan dan rekreasi tanah tinggi serta eko-pelancongan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara serta peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Purata kunjungan pelancong setahun ke Hutan Lipur Parit Falls adalah seramai 36,000 orang. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 43,700 orang setahun pada tahun 2020.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast