KP FRIM terima anugerah tokoh pemuliharaan alam sekitar

Written by CCU on . Posted in Hadiah & Penghargaan, Berita & Acara

29 Ogos 2017 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menerima anugerah BrandLaureate Most Eminent Brand Icon Leadership 2017 bagi kategori ‘Pemuliharaan Alam Sekitar’ di Kuala Lumpur semalam.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Tan Sri Rainer Althoff, Pengerusi Asia Pacific Brands Foundation (APBF) di Majlis Award’s Gala Dinner anjuran APBF.

Abd Latif dipilih sebagai penerima anugerah ini atas pencapaian dan sumbangan beliau kepada FRIM, khususnya dalam memperkasakan penyelidikan perhutanan dan konservasi ke arah memelihara warisan kebangsaan ini untuk generasi akan datang.

Sepanjang kerjaya di FRIM, Abd Latif telah menerima pelbagai anugerah dan pencapaian yang membanggakan. Antaranya adalah Saintis Muda Negara pada 1993; Anugerah Pencapaian Saintifik IUFRO (1995); ‘Outstanding Young Malaysian’ (1999); dan ‘Top Research Scientist Malaysia’ (2013). Terkini beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Tokoh Sarjana Penyelidikan dan Pembangunan daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara (2016). Beliau juga bertanggungjawab menerajui FRIM untuk Anugerah Sains Mahathir dan Nikkei Asia Prizes (2009); Anugerah Sains dan Teknologi IDB 2012 serta memperolehi 26 Malaysia Book of Records sejak 2008.

Selepas menjadi KP, beliau bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan operasi, sumber manusia, kewangan, hala tuju pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan serta komersialisasi hasil penyelidikan mulai 2008 hingga sekarang.

Abd Latif telah menggerakkan usaha mendapatkan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO sehingga pencalonan FRIM diterima dalam tentative list UNESCO pada Julai 2017. Usaha beliau juga telah membolehkan FRIM digazetkan sebagai Tapak Warisan Semulajadi Negara 2009 dan Warisan Kebangsaan pada 2012.

Bagi memastikan kesinambungan FRIM, beliau mengusahakan kelulusan Akta FRIM yang berjaya digazet pada 2016. Di bawah akta ini, FRIM boleh mendapat manfaat dari hasil R&D melalui komersialisasi serta menjalankan bidang-bidang baharu penyelidikan yang menyumbang kepada pemuliharaan hutan negara.

Anugerah ‘BrandLaureate Most Eminent Brand Icon Leadership’ yang diperkenalkan oleh APBF pada 2011 ini memberi pengiktirafan kepada individu atas sumbangan signifikan terhadap pertumbuhan dan pembangunan negara serta komuniti. Dengan aspirasi untuk menggalakkan kesedaran penjenamaan di Malaysia dan di seluruh dunia, APBF berperanan secara aktif dalam mengenal pasti dan memupuk jenama-jenama Malaysia yang cemerlang ke persada antarabangsa.

Mantan KP FRIM yang pertama, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor merupakan salah seorang penerima Anugerah ‘BrandLaureate Most Eminent Brand Icon Leadership’ pada 2016.

Anugerah ini juga merupakan hadiah istimewa buat KP FRIM yang menyambut Hari Kelahiran beliau hari ini.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast