KP FRIM umum kenaikan pangkat staf

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

3 Oktober 2017 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah mengumumkan kenaikan pangkat tiga pegawai pengurusan FRIM pada 29 September di Majlis Persaraan Pengarah Bahagian Hasilan Semula Jadi, Dr Rasadah Mat Ali yang bersara pada hari ini.

Dr Khali Aziz Hamzah telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Hasilan Semula Jadi yang baharu; manakala Norhayati Nordin akan mengambil alih jawatan Pengarah Bahagian Inovasi dan Komersialisasi (ICD) dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal serta mengetuai Unit Komunikasi Korporat (CCU). Pelantikan baharu tersebut akan berkuat kuasa mulai esok.

Khali Aziz telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal pada 1 Julai 2013 dan kemudiannya turut dipertanggungjawab sebagai Pengarah ICD pada 1 Oktober 2015. Norhayati yang merupakan Ketua CCU semenjak 16 Jun 2008 akan mengambil tugasan Khali Aziz sebagai pengarah kedua-dua bahagian tersebut.

Rasadah yang bersara wajib telah berkhidmat selama 29 tahun di FRIM. Beliau mula berkhidmat di FRIM sebagai Pegawai Penyelidik kontrak pada 19 September 1988 dan dilantik sebagai Pegawai Penyelidik tetap pada 15 Mei 1992. Rasadah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Hasilan Semula Jadi pada 2010 sehingga persaraannya pada hari ini. Sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan cemerlangnya, beliau dianugerahkan Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP) pada 2007 dan Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP) pada tahun ini.

Juga dinaikan pangkat baru-baru ini, Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad yang dahulunya Ketua Cawangan Pengurusan Hutan telah dilantik sebagai Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast