Makmal perlindungan api FRIM pastikan keselamatan awam terjamin

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

29 Januari 2018 (Isnin) ­– Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mempunyai Makmal Perlindungan Api (FPL) yang pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada 1979 untuk menjalankan penyelidikan ketahanan kayu dan produk kayu demi memastikan keselamatan harta benda dan nyawa terpelihara.

Makmal tersebut telah mendapat pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ sebagai Makmal Perlindungan Api Pertama (First Fire Protection Laboratory) pada 24 September 2012.

Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod berkata, “FPL FRIM merupakan perintis dalam ujian prestasi api komponen bangunan dan teknologi ini harus dipromosikan bagi memanfaatkan industri tempatan dan membantu meningkatkan kualiti produk eksport. FPL FRIM berhasrat meneruskan kecemerlangan dan akan terus komited dalam usaha ini.”

Keperluan penyelidikan tersebut bermula selepas berlakunya tragedi kebakaran di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur pada April 1976 yang mengakibatkan kerugian mencecah RM50 juta dan meragut satu nyawa. Berikutan kes itu, Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) telah memulakan penyelidikan ketahanan kayu.

Pada 1980-an, FPL bekerjasama dengan Program Kerjasama Teknikal Jerman (GTZ) dalam pembinaan relau yang beroperasi secara kawalan berkomputer. Relau yang memenuhi keperluan pengujian pintu rintangan api Eropah dan Undang–undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia 1984 (Malaysia Uniform Building By-Laws 1984) telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 1987. Pada 1996, FPL telah menambah satu lagi unit relau yang lebih kecil untuk meningkatkan perkhidmatan ujian.

Makmal ini masih menawarkan perkhidmatan seperti ujian daya ketahanan api untuk pintu rintangan api, dinding tanpa beban/pemisah dan peti keselamatan serta ujian siklik pintu rintangan api. Sehingga hari ini, FPL telah melaksanakan 2,087 kali ujian atas produk kayu dan bahan binaan lain.

FPL FRIM berjaya memperolehi Skim Akreditasi Makmal Malaysia MS ISO/IEC 17025 pada 2003. Ia juga mendapat pengiktirafan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta SIRIM QAS International Sdn Bhd (SQASI) kerana mematuhi piawaian MS 1073: Part 2&3: 1996 dan BS 476: Part 20&22: 1987.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua FPL, Khairul Azmi Jabar pada khairulazmi@frim.gov.my atau azian@frim.gov.my.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast