Menteri lancar simposium inovasi dan produk FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

22 Februari 2017 (Rabu) – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar  telah merasmikan ’Simposium Inovasi NRE 2017’ dan melancarkan tujuh prototaip produk herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di FRIM, Kepong pada 20 Februari lalu.

Simposium anjuran NRE yang bertemakan ‘Merakyatkan Inovasi NRE’ ini selaras dengan usaha Kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai salah satu agenda negara khususnya dalam mentransformasikan sektor awam. Seramai 200 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil NRE, ketua-ketua serta pegawai-pegawai dari agensi/jabatan di bawah NRE menghadiri program simposium ini.

Tujuh produk herba yang sedia untuk dikomersialkan adalah daripada tongkat ali (Eurycoma longifolia); kacip fatimah (Labisia pumila); asam gelugor (Garcinia atroviridis); hempedu bumi (Andrographis paniculata); misai kucing (Orthosiphon aristatus); cucur atap  (Baeckea frutescens); dan rosel (Hibiscus sabdariffa).

Menteri NRE turut menyaksikan majlis pemeteraian tiga memorandum persefahaman, iaitu:

  • Memorandum Persefahaman Mengenai Lanjutan Kerjasama dalam Penyelidikan, Pembangunan dan Komersialisasi Produk Rosel (Hibiscus sabdariffa) antara FRIM dan Buminiche Trading Sdn. Bhd.
  • Memorandum Persefahaman Mengenai Kerjasama Penyelidikan Dalam Bidang Pembangunan Produk Buluh Untuk Pembinaan antara FRIM dan Kanger International Berhad.
  • Memorandum Persefahaman antara FRIM dan Transwater Tenaga Sdn. Bhd. Mengenai Kerjasama dalam Penyelidikan dan Pembangunan Gaharu untuk meningkatkan kecekapan proses distilasi serta kualiti minyak gaharu.

Menteri juga melawat pameran yang memaparkan pelbagai hasil inovasi serta produk dari setiap agensi di bawah NRE.

Turut hadir, Dato’ Sri Azizan Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) NRE; Dato’ Dr Nadzri Yahaya, Timbalan KSU (Pengurusan Sumber Asli); Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM; serta ketua-ketua jabatan lain di bawah NRE.

Ucaptama simposium disampaikan oleh Azizan dan 12 kertas kerja dibentangkan pada sepanjang simposium dua hari ini, termasuk pembentangan bertajuk, ‘Satu Dekad Berinovasi’, oleh Datuk Dr Rahim Sudin, Timbalan KP (Operasi) FRIM. Antara topik-topik pembentangan lain yang menarik termasuk:

  • ‘Inovasi Air Menjurus ke arah Sekuriti, Kualiti dan Kelestarian Lembangan Sungai’ oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM); dan
  • Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS Plus 5)’ (Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, JPSM).
5 (100%) 1 vote

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast