Mesej Tahun Baharu Cina KP FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

Mesej Tahun Baharu Cina Salam sejahtera dan Salam 1FRIM,

Tidak lama lagi kita akan sama-sama bercuti sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2017. Perayaan ini menandakan permulaan tahun baharu mengikut kalender lunar Masyarakat Cina. Kepada rakan-rakan seperjuangan di FRIM, saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2017. Semoga perayaan pada tahun ini membawa kesejahteraan, kemakmuran dan kebahagiaan yang berpanjangan buat tuan/puan sekalian dan keluarga.

Tahun yang bakal bermula ini juga memberikan kita peluang untuk merealisasikan segala impian dan harapan yang tidak kesampaian.  Mulakan tahun baharu ini dengan membuka lembaran yang baharu. Sebagai penjawat awam FRIM, sama-sama kita teguhkan perpaduan dan gandakan usaha penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R,D&C) ke arah pemeliharaan khazanah hutan serta kelestarian sumber asli negara.

Meskipun berbeza agama, budaya dan bangsa, kita seharusnya bersyukur atas kesempatan untuk meraikan sambutan ini dalam keadaan negara yang aman dan damai. Masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama di negara ini mengajar kita erti hidup bersatu-padu, bertolak ansur dan saling hormat-menghormati. Perpaduan yang kuat dan kukuh sesama kita juga mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan yang lebih bermakna buat FRIM.  Semoga tahun ini kita turut dimurahkan dengan rezeki dan kesihatan yang baik.

Bagi pihak pengurusan dan pentadbiran serta warga kerja FRIM, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2017.

“May the lights of the lanterns usher in another great year with new hopes and aspirations. Happy Chinese New Year 2017. Gong Xi Fa Chai!”

Kepada tuan/puan yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati dan semoga selamat sepanjang perjalanan. Selamat bercuti dan selamat kembali ke FRIM.

 

Terima kasih.

– latif

5 (100%) 2 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast