FRIM terima Sijil Kecemerlangan TripAdvisor 2014!

7 Julai 2014 (Isnin) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang merupakan salah satu destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan TripAdvisor 2014 yang menandakan bahawa ia telah mendapat maklum balas cemerlang dengan konsisten daripada pelancong-pelancong yang menggunakan khidmat TripAdvisor. Sijil Kecemerlangan TripAdvisor yang diterima oleh FRIM. Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua kakitangan FRIM atas pencapaian ini. Abd Latif dengan bangganya menunjukkan sijil kecemerlangan TripAdvisor. Beliau juga berharap warga FRIM akan terus prihatin dalam memastikan kawasan kampus FRIM sentiasa terjaga kebersihannya serta meneruskan [...]