Yearly Archives: 2018

Utama>2018

FRIM, pusat rujukan kajian taksonomi serangga

28 Disember 2018 (Jumaat) – Kaya dengan koleksi serangganya, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjadi pusat rujukan bagi kajian taksonomi serangga bagi saintis tempatan dan antarabangsa. Cawangan Entomologi (ENTO) FRIM yang menguruskan koleksi rujukan entomologi ini juga menawarkan perkhidmatan pengecaman serangga kepada industri dan agensi kerajaan. Koleksi rujukan ini mengandungi lebih kurang 600,000 spesimen dan 10,000 daripada jumlah tersebut telah dikenalpasti spesiesnya. Pusat koleksi ini juga mempunyai 187 holotip dan hampir 1,000 paratip yang diderma oleh ahli taksonomi yang mengkaji spesimen berkenaan.  Ahli kaji serangga,Veronica Khoo (kiri) dan Ong Su Ping sedang meneliti spesimen-spesimen serangga. Spesimen serangga [...]

FRIM, pusat rujukan kajian taksonomi serangga2018-12-28T16:59:19+08:00

FRIM uji tahap formaldehid mengikut regulasi antarabangsa

26 Disember 2018 (Rabu) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengambil langkah proaktif menjadi badan pengujian pembebasan formaldehid yang diiktirafkan dalam skim persijilan/regulasi antarabangsa untuk membantu pihak industri mengatasi halangan pasaran yang dikenakan oleh negara-negara pengimport. Kebanyakan produk panel kayu menggunakan resin sintetik seperti urea formaldehid (UF), fenol formaldehid (PF) dan melamin urea formaldehid sebagai bahan perekat. Namun, formaldehid yang beracun dan tidak berwarna ini telah dikategori sebagai bahan karsinogenik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kesatuan Eropah (EU). Oleh itu, negara-negara pengimport mengenakan regulasi dan piawaian ketat ke atas produk panel kayu berkenaan demi memastikan keselamatan dan kualiti produk-produk [...]

FRIM uji tahap formaldehid mengikut regulasi antarabangsa2018-12-27T16:23:05+08:00

FRIM sertai program lestarikan habitat kelip-kelip Kuala Selangor

24 Disember 2018 (Isnin) – Sekumpulan penyelidik daripada Cawangan Entomologi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyertai program penanaman pokok sagu (Metroxylon sagu) di kawasan Tanjung Beluntas yang terletak di seberang sungai, bertentangan dengan Jeti Kelip-kelip Kampung Kuantan pada 8 Disember lalu. Program yang bertujuan untuk memulihara habitat dan populasi kelip-kelip tersebut dirasmikan oleh Tuan Shamsul Shahril Badzila Mohd Nor, Pegawai Daerah Kuala Selangor selaku penganjur program bersama Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor. Tuan Shamsul Shahril Badzila, Pegawai Daerah Kuala Selangor (ketiga dari kanan) merasmikan program dengan menanam anak benih sagu bersama Mohd Rizan, [...]

FRIM sertai program lestarikan habitat kelip-kelip Kuala Selangor2018-12-26T09:21:36+08:00

Permohonan, pembaharuan pas FRIM mulai 3 Januari 2019

18 Disember 2018 (Selasa) – Permohonan dan pembaharuan pas riadah serta pelekat kenderaan untuk memasuki kampus Intitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi tahun 2019 akan bermula pada 3 Januari di Unit Fasiliti FRIM yang terletak bersebelahan dengan kafeteria di Blok F3. Notis pembaharuan pas riadah telah dipasang di beberapa lokasi strategik. Seorang pengunjung berjoging di kampus FRIM. Mereka yang ingin memperbaharui pas riadah hanya perlu menunjukkan pas lama dan membuat bayaran. Pemohon baharu pula perlu membawa bersama sekeping gambar bersaiz passport, isikan borang berkenaan (borang permohonan pas riadah and/ or permohonan pelekat kenderaan)dan membuat bayaran. Walau bagaimanapun, hanya warganegara [...]

Permohonan, pembaharuan pas FRIM mulai 3 Januari 20192019-01-11T11:50:25+08:00

FRIM terima dua lagi pengiktirafan MBR

12 Disember 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima dua lagi sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) pagi tadi. Sijil ini diperoleh atas pengiktirafan FRIM sebagai ‘Institut Penyelidikan Perhutanan yang Pertama di Malaysia’ dan rekod individu untuk Ketua Pengarah (KP) FRIM, YBhg. Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai ‘Penyelidik Perhutanan Pertama yang dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Institusi-Institusi Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI) buat kali ketiga’. Kedua-dua sijil ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Alex Edward, Timbalan Pengurus Besar MBR kepada KP FRIM dalam majlis penyampaian yang diadakan di Ibu Pejabat MBR, Kuala Lumpur Sentral. Dengan pengiktirafan ini, FRIM [...]

FRIM terima dua lagi pengiktirafan MBR2018-12-14T19:03:49+08:00

FRIM bantah penyahwartaan HS Bukit Lagong

10 Disember 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengemukakan pandangan dan bantahannya terhadap cadangan penyahwartaan sebahagian daripada Hutan Simpan (HS) Bukit Lagong, Gombak yang terletak berhampiran kampus FRIM, Kepong. Surat bantahan rasmi FRIM dihantar ke Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada 6 Disember lalu. "Kami telah dihubungi pihak media dan badan-badan bukan kerajaan sejak 23 November untuk menyatakan pendirian FRIM. Ada dalam kalangan pengunjung yang menuduh FRIM terlibat dalam cadangan penyahwartaan ini. Ada juga yang berpendapat bahawa FRIM mengambil keputusan menutup Denai Rover pada tahun 2016 untuk memberi laluan kepada penyahwartaan kawasan berkenaan," kata Ketua Pengarah FRIM, Dato' Dr Abd Latif [...]

FRIM bantah penyahwartaan HS Bukit Lagong2019-01-22T16:15:53+08:00

KP FRIM dilantik kali ketiga sebagai Pengerusi APAFRI

29 November 2018 (Khamis) - Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah dilantik semula sebulat suara sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Institusi-Institusi Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI) untuk satu penggal lagi mulai 2018 sehingga 2021. Abd Latif menyampaikan ucapan beliau. Gambar berkumpulan ahli-ahli yang menghadiri Mesyuarat Agong APAFRI. Keputusan ini telah diumumkan ketika Mesyuarat Agung APAFRI yang kelapan yang diadakan di Putrajaya, Malaysia pada hari ini. Abd Latif  telah dilantik pada kali pertamanya sebagai Pengerusi APAFRI semasa Mesyuarat Agung yang kelima di Kuala Lumpur pada 2009 dan sekali lagi di Guangzhou, China pada [...]

KP FRIM dilantik kali ketiga sebagai Pengerusi APAFRI2018-12-01T07:03:16+08:00

FRIM anjur bicara teknologi

28 November 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan program Bicara Teknologi FRIM yang bertemakan, ‘Perhutanan Lestari: Inovasi dan Solusi’ semalam di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Program yang dirasmikan oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIMini bertujuan mengetengahkan hasil dan output projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) FRIM, memenuhi keperluan pemegang taruh dalam bidang perhutanan dan produk hutan secara amnya serta menyediakan kaedah penyelesaian dan platform perkongsian maklumat dalam bidang tersebut. Abd Latif berucap pada majlis perasmian sambil diperhatikan oleh Khali Aziz (paling kiri) dan Samsudin.  Samsudin (kiri) dan Norhayati menyampaikan ucaptama masing-masing.  [...]

FRIM anjur bicara teknologi2018-11-29T08:23:28+08:00

FRIM anjur bicara teknologi

19 November 2018 (Isnin) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan program Bicara Teknologi FRIM yang bertemakan, ‘Perhutanan Lestari: Inovasi dan Solusi’ untuk mempromosikan perkhidmatan atau kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan FRIM. Para pengurus, usahawan dan pihak industri yang berkaitan dengan perhutanan serta orang awam di Zon Utara dijemput untuk menyertai program tersebut yang akan diadakan pada 27 November di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. ​ Poster Bicara Teknologi FRIM. “Program ini bertujuan mengetengahkan hasil dan output projek R&D FRIM, memenuhi keperluan pemegang taruh dalam bidang perhutanan dan produk hutan secara amnya serta menyediakan kaedah penyelesaian dan platform [...]

FRIM anjur bicara teknologi2018-11-28T15:18:46+08:00

FRIM-JWN-JPBD anjur persidangan tapak warisan negeri Selangor

19 November 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Warisan Negera (JWN) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Selangor telah menganjurkan Persidangan Tapak Warisan Negeri Selangor 2018 pada 14 dan 15 November lalu di Shah Alam. Majlis perasmian pada 14 November lalu telah disempurnakan oleh Dato’ Paiman Keromo, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) yang mewakili Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor. ​ Dari kiri: Zainah, Abd Latif, Paiman, Khairulzaman dan Noorsiha semasa majlis pelancaran.  Zainah (paling kiri), Paiman (tengah) [...]

FRIM-JWN-JPBD anjur persidangan tapak warisan negeri Selangor2018-12-06T08:55:22+08:00
Load More Posts