FRIM, KKM meterai MOU untuk kajian produk herba
30 Mac 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) petang tadi untuk bekerjasama dalam memastikan produk-produk tradisional atau bahan mentah herba yang dipasarkan di Malaysia berkualiti dan selamat digunakan. Semasa Majlis Menandatangani MOU di Bilik Mesyuarat Licuala. Ketua Pengarah (KP), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod mewakili FRIM dalam menandatangani MOU manakala KKM pula diwakili KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Abd Latif (kiri) dan Noor Hisham semasa sesi pertukaran dokumen. Dalam kerjasama ini, FRIM bertanggungjawab memberikan pendedahan kepada industri tempatan akan kepentingan ujian kawalan kualiti [...]