KP lancar Program Penghijauan Malaysia peringkat FRIM
11 Januari 2021 (Isnin) – Dr Khali Aziz Hamzah, Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melancarkan Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok peringkat FRIM semasa Perhimpunan Bulanan FRIM pagi tadi. Sebagai gimik pelancaran, beliau menanam pokok tongkat ali (Eurycoma longifolia). Turut bersama-sama untuk menanam pokok, Dato’ Dr Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan) dan Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan KP (Operasi). Khali Aziz (kiri) dan Noor Azlin menyampaikan ucapan masing-masing. Staf FRIM berikrar untuk mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam. Dalam ucapannya, Khali Aziz berkata FRIM menyasarkan penanaman 100,000 pokok dalam menyokong [...]