intandalina

Utama>Webmaster 2

About Webmaster 2

This author has not yet filled in any details.
So far Webmaster 2 has created 102 blog entries.

Khali Aziz dilantik KP FRIM baharu

4 September 2020 (Jumaat) – Dr Khali Aziz Hamzah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) keempat berkuat kuasa 1 September 2020. Beliau menerima watikah pelantikan daripada YB Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pagi tadi di Kuala Lumpur. Turut hadir, YB Ali Biju, Timbalan Menteri KeTSA; dan Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KeTSA. Khali Aziz, KP keempat FRIM. Dari kiri: Ali, Khali Aziz, Shamsul Anuar dan Zurinah semasa majlis penyampaian watikah pelantikan. Khali Aziz merupakan Timbalan KP (Operasi) FRIM sebelum dilantik sebagai KP menggantikan Datuk Dr Abd [...]

Khali Aziz dilantik KP FRIM baharu2020-09-14T16:11:19+08:00

Selamat bersara Datuk KP, Encik Zam

28 Ogos 2020 (Jumaat) - Majlis persaraan dan e-jari terakhir Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Mohd Zamshari Abd. Rahman, Pengarah Kewangan telah diadakan di Bangunan Pentadbiran FRIM petang tadi. Mereka dijemput untuk menyampaikan ucapan terakhir masing-masing sebelum acara penyerahan tugas. Mohd Zamshari menyerahkan fail tugas kepada penggantinya, Jumaaton Abu Bakar manakala Abd Latif menyerahkan failnya kepada Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi) FRIM. Dari kiri: Khali Aziz, Marzalina, Mohd Zamshari dan Abd Latif semasa upacara e-jari.  Abd Latif (kiri) menyerahkan fail tugas kepada Khali Aziz. Abd Latif [...]

Selamat bersara Datuk KP, Encik Zam2020-10-13T08:32:43+08:00

FRIM, JPSM adakan program tanam pokok

26 Ogos 2020 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengadakan ‘Program Penanaman Pokok sempena Bulan Kebangsaan’ di Hutan Simpan (HS) Bukit Lagong Tambahan, Kepong semalam. Program FRIM-JPSM ini bertujuan membangunkan taman tema tumbuhan buah nadir dan spesies-spesies pokok terlindung secara berperingkat di Parcel A dan B, HS Bukit Lagong. Abd Latif (kiri) dan Mohd Ridza berucap pada majlis. Dari kiri: Mohd Ridza, Abd Latif dan Md Nasir semasa sesi penyerahan buku ‘Tasik Chini – Biosphere Reserve, Conservation by FRIM and NAHRIM’. Turut hadir, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua [...]

FRIM, JPSM adakan program tanam pokok2020-10-24T16:12:28+08:00

FRIM, JMG kerjasama dalam restorasi bekas lombong

18 Ogos 2020 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) untuk bekerjasama dalam penghijauan dan kajian restorasi kawasan bekas lombong bijih timah di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Pada majlis yang diadakan semalam di FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM mewakili FRIM manakala JMG pula diwakili KP, Datuk Shahar Effendi Abdullah Azizi dalam menandatangani MOU. Abd Latif (kiri) dan Shahar Effendi berucap semasa majlis. Dari kiri: Norwati, Abd Latif, Shahar Effendi dan Nazwin semasa sesi pertukaran dokumen.  Dr Norwati [...]

FRIM, JMG kerjasama dalam restorasi bekas lombong2020-09-23T09:55:28+08:00

Pemulangan pas riadah, pelekat kenderaan FRIM mulai 21 Ogos

5 Ogos 2020 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan membuka kaunter di Taman Botani Kepong (KBG) untuk memproses pemulangan pas riadah dan/atau pelekat kenderaan mulai 21 Ogos sehingga 20 September bagi para pemegang pas yang tidak berpuas hati dengan penutupan kampus utama FRIM sehingga penghujung tahun ini. Sejak 1 Julai lalu, FRIM telah membuka KBG dan Taman Warisan manakala penutupan kampus utama FRIM dikekal sehingga akhir tahun. Memandangkan sesetengah pejoging hanya ingin menggunakan kampus utama FRIM dan bukan KBG atau Taman Warisan, maka FRIM bersetuju untuk membenarkan pihak tersebut untuk memulangkan kad/pelekat dan mendapat bayaran balik. Poster [...]

Pemulangan pas riadah, pelekat kenderaan FRIM mulai 21 Ogos2020-08-21T19:07:57+08:00

FRIM anjur program khas bicara KP

30 Julai 2020 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Program Khas Bicara Ketua Pengarah (KP) FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, bertajuk 'Latif: His Life, His Story' di Auditorium FRIM pada 27 Julai lalu. Program ini bertujuan memberi peluang kepada warga FRIM mendengar kisah hidup serta pandangan Abd Latif tentang isu-isu semasa serta cabaran masa hadapan FRIM termasuk tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mempertahan dan memastikan kesinambungan serta kecemerlangan FRIM. Abd Latif (kiri) menceritakan kisah hidup beliau sambil diperhatikan oleh Mohammad Shahfiz. Para peserta yang mengikuti program yang disiar secara langsung di Bilik [...]

FRIM anjur program khas bicara KP2020-09-14T11:52:44+08:00

FRIM, PBG kerjasama dalam pengurusan dan pemuliharaan tumbuhan

29 Julai 2020 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diwakili oleh Jabatan Taman Botani Pulau Pinang (PBG) untuk bekerjasama dalam bidang pengurusan dan pemuliharaan tumbuhan pada 21 Julai lalu. Di majlis pemeterian MOU tersebut yang diadakan di FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) mewakili FRIM manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula diwakili Pengarah PBG, Nur Faizah Tajudin untuk menandatangani dokumen tersebut. Abd Latif (kiri) dan Nur Faizah berucap semasa majlis.  Dari kiri: Chua, Abd Latif, Nur Faizah dan Saw semasa sesi pertukaran dokumen.  [...]

FRIM, PBG kerjasama dalam pengurusan dan pemuliharaan tumbuhan2020-07-29T15:57:35+08:00

Menteri KeTSA lancar buku flora mercu tanda negeri

27 Julai 2020 (Isnin) - YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah melancarkan buku bertajuk, ‘Flora Mercu Tanda Negeri-negeri di Malaysia’ di Kuala Sepetang, Perak, semalam. Pelancaran buku terbitan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ini diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2020. Dari kiri: Shamsul Anuar, Abd Latif, Ahmad Saidi, Zurinah dan Mohd Ridza semasa majlis perasmian buku. Abd Latif (tengah) menunjukkan isi kandungan buku kepada Shamsul Anuar sambil diperhatikan oleh Ahmad Saidi. Turut hadir pada majlis, YB Ali Biju, Timbalan Menteri KeTSA; [...]

Menteri KeTSA lancar buku flora mercu tanda negeri2020-07-29T15:28:28+08:00

Timbalan Menteri KeTSA lawat FRIM

20 Julai 2020 (Isnin) - YB Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan lawatan pertama ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 17 Julai lalu. Beliau diiringi Sharmida Alia Sariff, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan serta pegawai-pegawai KeTSA yang lain. Abd Latif (kiri) dan Ali semasa sesi taklimat. Wakil-wakil pengurusan tertinggi FRIM yang menghadiri sesi taklimat. Timbalan Menteri disambut oleh Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi); Dato' Dr Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan) dan ahli-ahli pengurusan tertinggi FRIM yang [...]

Timbalan Menteri KeTSA lawat FRIM2020-07-29T16:25:58+08:00

KP FRIM rasmikan Teratak Roslan

13 Julai 2020 (Isnin) - Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM telah menyempurnakan perasmian kabin ‘Teratak Roslan’ yang disumbangkan secara peribadi oleh beliau untuk dijadikan pejabat staf Cawangan Hutan Bandar (UF) yang terlibat dalam penilaian kesihatan serta penyelenggaraan pokok-pokok berisiko dan tanaman hiasan landskap, pada 9 Julai lalu. Kabin ini dinamakan ‘Teratak Roslan’ bagi mengenang jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Allahyarham Roslan Abdul Rahman. Dari kiri: Ahmad Azaruddin, Ismail dan Abd Latif berucap pada majlis.  Dari kiri: Azman Ahmad, staf UF; Ahmad Azaruddin; Abd Latif; Ismail dan Noor Azlin semasa upacara pelancaran.  Allahyarham [...]

KP FRIM rasmikan Teratak Roslan2020-07-14T15:33:41+08:00
Load More Posts
Go to Top