Ara berbuah – menjadi tarikan burung
30 Julai 2018 (Isnin) – Pokok ara (Ficus binnendijkii) di hadapan bangunan D4 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang sedang berbuah telah menjadi tumpuan pelbagai spesies burung baru-baru ini. Para penyelidik Cawangan Zoologi (ZOO) FRIM yang mengadakan aktiviti memerhati burung pada 26 Julai lalu telah mengenalpasti dan merekodkan sekurang-kurangnya 10 spesies, termasuk perling (Aplonis panayensis), burung daun besar (Chloropsis sonnerati) dan merbah kapur (Pycnonotus goiavier). Penyelidik ZOO Nor Hazwani Ahmad Ruzman (kanan) dan Mohammad Shahfiz Azman sedang memerhatikan burung. Pokok ara yang dinamakan sempena Dr Francis Ng. Walaupun FRIM merupakan hutan buatan manusia, hampir 200 spesies burung daripada [...]