FRIM rai pencapaikan staf dalam talian
15 Jun 2020 (Isnin) – Walaupun tidak dapat menganjurkan majlis, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tetap menyampaikan penghargaan kepada staf atas sumbangan dan pencapaian cemerlang pada 2019. Senarai penerima anugerah telah diumumkan oleh Bahagian Sumber Manusia FRIM secara berperingkat melalui emel mulai 21 Mei lalu. Sebahagian daripada penerima-penerima Anugerah FRIM 2019. Seramai 206 staf FRIM telah terpilih untuk menerima anugerah kecemerlangan dalam 15 kategori berlainan yang bukan hanya dinilai dari segi usaha dalam bidang tugasan, tetapi juga aspek sosial, kesukanan dan semangat berpasukan. Dr Ang Lai Hoe dipilih sebagai penerima Anugerah Saintis Terbaik FRIM 2019 manakala Anugerah Penyelidikan [...]