Penyelidik FRIM terima ‘Outstanding Young Chemist Award’
5 Disember 2022 (Isnin) - Penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ChM Dr Mohamad Nasir Mat Arip telah menerima Anugerah ‘Outstanding Young Chemist Award 2022 (Industry)’ daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) bagi sumbangan beliau dalam bidang teknologi maju pengawetan kayu. Beliau menerima anugerah tersebut daripada Presiden IKM, Datuk ChM Dr Soon Ting Kueh dalam Majlis Malam Kimia 2022 yang diadakan di Petaling Jaya pada 2 Disember lalu. Mohamad Nasir merupakan Ketua Makmal Analisis Awetan Kayu (MAAK) sebelum dilantik sebagai Ketua Cawangan Dasar dan Pengurusan Penyelidikan FRIM yang dipegang beliau sekarang. Beliau mempunyai pengalaman 17 tahun dalam bidang pengawetan kayu (analisis [...]