KP FRIM terima PJN daripada Agong

10 September 2019 (Selasa) - Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato' Dr Abd Latif Mohmod telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam. Abd Latif merupakan antara 42 individu yang menerima anugerah darjah kebesaran masing-masing pada istiadat penganugerahan di Istana Negara. Turut hadir, isteri KP FRIM, Datin Halidah Kasmin. Abd Latif (kanan) dan Halidah bergambar dalam Istana Negara. Petikan liputan berita mengenai tindakan spontan Yang di-Pertuan Agong. Bernama telah melaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong [...]

KP FRIM terima PJN daripada Agong2019-12-04T10:30:15+08:00

FRIM menang 4 emas, 1 gangsa di Si2TE

15 Mei 2019 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memenangi empat pingat emas dan satu gangsa di Ekspo Reka Ccipta, Inovasi dan Teknologi (SIRIM Invention, Innovation and Technology Expo - Si2TE) 2019 yang diadakan pada 18 April lalu di Kulim, Kedah. Mastura (paling kiri) menerima Anugerah Inovasi Hijau daripada Ooi dengan diperhatikan oleh Mohamad Jamil.  Gambar berkumpulan wakil-wakil projek pemenang FRIM dengan sijil anugerah dan pingat masing-masing.  Si2TE anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI) dan SIRIM dengan kerjasama Pusat STEM Negara ini telah dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan [...]

FRIM menang 4 emas, 1 gangsa di Si2TE2020-05-15T21:09:53+08:00

FRIM menang anugerah JIPA, pingat emas dan perak di ITEX’19

6 Mei 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memenangi anugerah 'Best Invention in Biotechnology Award' Japan Intellectual Property Association (JIPA), satu pingat emas dan satu pingat perak di Pameran Rekaan, Inovasi dan Teknologi 2019 (ITEX'19) yang berlangsung pada 2-4 Mei lalu di Kuala Lumpur. Sijil dan pingat JIPA yang diterima.  Tnah menerangkan projek inovasi beliau kepada seorang juri.  ITEX'19 anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS) ini telah disertai pelbagai universiti, badan-badan korporat serta individu dari negara-negara ASEAN serta Asia. Projek inovasi 'DNA Barcording System for Malaysian Plant Species Identification and Authentication - Malaysia Barcode of [...]

FRIM menang anugerah JIPA, pingat emas dan perak di ITEX’192020-05-15T21:09:45+08:00

FRIM terima dua Anugerah Buku Negara

3 April 2019 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima dua anugerah iaitu 'Anugerah Buku ASEAN 2019 - Institusi Penyelidikan ASEAN' dan 'Anugerah Buku Terbaik (Kategori Flora dan Fauna)' bagi buku bertajuk, ‘Cantik Namun Beracun’ di majlis Anugerah Buku Negara 2019 pada 1 April lalu. Khalid (berbaju biru) menyampaikan 'Anugerah Buku Terbaik' kepada Abd Latif.  Sijil dan trofi bagi 'Anugerah Buku Terbaik’ (kiri) dan 'Anugerah Buku ASEAN 2019’.  Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Khalid Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan kepada Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod. “Penerimaan kedua-dua anugerah ini merupakan [...]

FRIM terima dua Anugerah Buku Negara2019-05-08T08:04:25+08:00

FRIM terima dua lagi pengiktirafan MBR

12 Disember 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima dua lagi sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) pagi tadi. Sijil ini diperoleh atas pengiktirafan FRIM sebagai ‘Institut Penyelidikan Perhutanan yang Pertama di Malaysia’ dan rekod individu untuk Ketua Pengarah (KP) FRIM, YBhg. Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai ‘Penyelidik Perhutanan Pertama yang dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Institusi-Institusi Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI) buat kali ketiga’. Kedua-dua sijil ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Alex Edward, Timbalan Pengurus Besar MBR kepada KP FRIM dalam majlis penyampaian yang diadakan di Ibu Pejabat MBR, Kuala Lumpur Sentral. Dengan pengiktirafan ini, FRIM [...]

FRIM terima dua lagi pengiktirafan MBR2020-05-15T21:14:42+08:00

Penyelidik FRIM terima anugerah antarabangsa Jepun

7 November 2018 (Rabu) - Penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Farah Fazwa Md Ariff telah menerima pengiktirafan ‘Japanese International Award for Young Agricultural Researchers’ 2018 di United Nations University Tokyo, Jepun semalam. Farah Fazwa yang mengetuai Cawangan Pembaik Baik Herba dan Pokok FRIM, dipilih atas penyelidikan inovatif dan berfaedah dalam penghasilan bahan tanaman berkualiti tinggi bagi spesies herba penting di Malaysia, iaitu Labisia pumila (kacip fatimah). Farah Fazwa menunjukkan sijil dan pingat anugerah.  Farah Fazwa menerima sijil daripada Yoshio (gambar kiri) dan pingat daripada Masa. Ketua Pengarah FRIM, Dato' Dr Abd Latif Mohmod berkata beliau bangga [...]

Penyelidik FRIM terima anugerah antarabangsa Jepun2019-05-08T08:16:05+08:00

Xylarium FRIM – perpustakaan kayu terbesar, tertua di M’sia

31 Mei 2018 (Khamis) – Xylarium Kepong (KEPw) di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang ditubuhkan pada 1918 dengan 10,036 koleksi spesimen kayu telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) pada 2012 sebagai xylarium yang mempunyai koleksi kayu terbesar dan tertua di Malaysia. Seumpama perpustakaan untuk koleksi buku dan herbarium untuk koleksi spesimen tumbuhan, xylarium merupakan pusat koleksi spesimen kayu. Koleksi-koleksi kayu yang telah ditentusahkan (authenticated sample) ini juga sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Koleksi kayu tertua di KEPw telah berusia 113-118 tahun. Sejak penubuhan pada 1918, KEPw memainkan peranan penting dalam pengecaman kayu dan klasifikasi kayu komersil. Pada 1925, [...]

Xylarium FRIM – perpustakaan kayu terbesar, tertua di M’sia2020-12-17T08:20:28+08:00

FRIM raih empat pingat emas di ITEX’18

21 Mei 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memenangi empat pingat emas di Pameran Rekaan, Inovasi dan Teknologi 2018 (ITEX'18) yang diadakan pada awal bulan ini di Kuala Lumpur. Dari kiri Mohd Saifudullah Abd Wahid (bioreactor technology), Mastura, Farah dan Dr Nordahlia Abdullah Siam (MyWood-ID) bergambar dengan pingat emas dan sijil anugerah masing-masing. Pasukan Ciéra yang terdiri daripada (dari kiri) Mastura, Mohd Ramdan Parman dan Dr Saiful Azmi Johari.   Projek-projek inovasi FRIM yang menyertai ITEX’18 pada 10-12 Mei lalu ini ialah:  ‘Sustainable production of tongkat ali bioactive compounds from hairy roots culture using [...]

FRIM raih empat pingat emas di ITEX’182018-06-04T10:19:39+08:00

FRIM cemerlang dalam pertandingan inovasi

4 Mei 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima beberapa anugerah inovasi pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) dan Ekspo Inovasi Islam (i-Inova) baru-baru ini. Nik Adlin dengan sijil anugerah JIPA. Projek inovasi 'Modular Seating System' yang diketuai Nik Adlin Nik Mohamed Sukri dan Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin telah memenangi anugerah 'Best Invention in Design Award' daripada Japan Intellectual Property Association (JIPA) di MTE pada 24 Februari lalu. Kumpulan projek ini juga terdiri daripada Tariq Mubarak Husin, Zairul Amin Rabidin dan Khairul Masseat. Sistem yang serba guna (versatile), mudah alih dan menjimatkan ruang ini membolehkan kerusi dan [...]

FRIM cemerlang dalam pertandingan inovasi2018-05-18T15:54:37+08:00

FRIM terima anugerah kecemerlangan pengurusan kewangan

5 Mac 2018 (Isnin) - FRIM telah menerima ‘Anugerah Kecemerlangan Penarafan Lima Bintang Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti’ bagi tahun 2016 daripada Jabatan Audit Negara. Abd Latif (kiri) dan Mohd Zamshari Abd Rahman, Pengarah Kewangan FRIM menunjukkan sijil yang diterima. Pengiktirafan lima bintang yang julung-julung kali diterima ini menunjukkan FRIM di bawah kepimpinan Ketua Pengarah (KP), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah berjaya menguruskan kewangannya dengan penuh bertanggungjawab dan berintegriti. Sijil yang disampaikan oleh Jabatan Audit Negara. Pengauditan yang dilaksanakan pada 28 November hingga 22 Disember 2016 memberi tumpuan terhadap sembilan (9) aspek iaitu Kawalan Pengurusan; Kawalan [...]

FRIM terima anugerah kecemerlangan pengurusan kewangan2020-05-15T21:18:02+08:00
Go to Top