Norwati dilantik TKP Penyelidikan FRIM baharu
4 Februari 2021 (Khamis) - Dr Norwati Muhammad telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Penyelidikan) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berkuatkuasa hari ini, menggantikan Dato’ Dr Marzalina Mansor yang bersara semalam. Norwati memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biologi pada 1989 dan Sarjana Sains dalam Genetik pada 1994 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam Genetik Hutan dari University of Reading, United Kingdom pada 2000 dan mula berkhidmat di FRIM sebagai pegawai penyelidik pada Januari 1990. Norwati, TKP (Penyelidikan) baharu FRIM. Mohd Zaki (atas) dan Farah Fazwa masing-masing mengetuai Bahgian Bioteknologi Perhutanan dan [...]