FRIM News

Home>FRIM News

FRIM terima satu lagi pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’

1 November 2021 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima satu lagi sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR), kali ini untuk ‘Largest Ex-situ Collection of Isolated Actinobacteria’ pada hari ini. Dari kiri: Lili Sahira, Jwan Heah, Ismail dan Getha semasa penyampaian sijil MBR. Sijil MBR yang diterima. Sijil pengiktirafan bertarikh 20 April 2021 ini disampaikan oleh Jwan Heah, Pengarah Pemasaran MBR kepada Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM di Ibu Pejabat MBR di Kuala Lumpur pagi tadi. Turut hadir, Dr Getha A/P R. Krishnasamy, Ketua Makmal Penyelidikan Biomolekul (MPB), Program Bioaktiviti, Bahagian Hasilan Semula [...]

FRIM terima satu lagi pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’2022-01-11T09:14:55+08:00

FRIM buka semula KBG mulai 2 Oktober

17 September 2021 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan membuka semula Taman Botani Kepong (KBG) mulai 2 Oktober (Sabtu) manakala Jejantas Rimba (Forest Skywalk), kampus utama FRIM dan Taman Warisan masih ditutup. Waktu operasi KBG bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dari Sabtu hingga Khamis dengan kemasukan terakhir 30 minit sebelum waktu penutupan. Taman ini akan ditutup pada setiap Jumaat. Pejoging dibenarkan masuk dengan syarat-syarat berikut: Perlu lengkap vaksinasi dan menunjukkan bukti vaksinasi; Bilangan pejoging setiap satu masa di KBG adalah 200 orang dengan kawalan sistem tagging; Kawasan yang dibenarkan: Hanya jalan berturap dan trek joging; serta Dilarang [...]

FRIM buka semula KBG mulai 2 Oktober2021-09-22T09:10:19+08:00

KeTSA, FRIM, The Habitat Foundation anjur webinar pembungaan besar-besaran

3 Ogos 2021 (Selasa) - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan The Habitat Foundation telah menganjurkan webinar ‘Mass Flowering of the Rainforest Malaysia’ pada 30 Julai lalu. Webinar ini diadakan untuk berkongsi hasil penyelidikan yang menarik mengenai pembungaan besar-besaran (mass flowering) serta mengetengahkan strategi dan aktiviti yang dilakukan oleh pelbagai agensi serta organisasi untuk memastikan pengeluaran bahan penanaman secara besar-besaran untuk pemuliharaan dan restorasi hutan. Ismail sebagai moderator webinar tersebut. Senarai topik oleh para pembentang. Sesi ini adalah siri webinar Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 yang kedua. [...]

KeTSA, FRIM, The Habitat Foundation anjur webinar pembungaan besar-besaran2021-08-18T13:25:05+08:00

FRIM catat beberapa pencapaian dalam seminar/persidangan

5 Julai 2021 (Isnin) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mencatat beberapa pencapaian cemerlang dalam seminar serta persidangan yang diadakan secara maya. Pasukan penyelidik Bahagian Keluaran Hutan yang diketuai Nur Areisman Mohd Salleh berjaya meraih pingat Perak di Malaysia Technology Expo (MTE) 2021 bagi inovasi ‘Pelitup Muka Biodegradasi dari Bahan Lignocellulosic dan Nanofibers’ tersebut di bawah kategori Covid-19 International Innovation Awards II. MTE 2021 telah berlangsung secara maya pada 14-18 Jun lalu. Poster pemenang NFTS 2020 oleh FRIM (kiri) dan tangkap skrin seminar tersebut. Slaid pembentangan Nur Areisman di MTE. Inovasi FRIM ini menghasilkan topeng muka [...]

FRIM catat beberapa pencapaian dalam seminar/persidangan2021-08-11T16:16:48+08:00

FRIM tanam pokok, sambut hari alam sekitar

5 Jun 2021 (Sabtu) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Ismail Parlan bersama-sama isteri, Norazian Adam telah menanam pokok mulberi, putat, limau kasturi dan limau nipis di perkarangan kediamannya di Rawang pagi tadi sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Warga FRIM bersama ahli-ahli keluarga turut menanam pokok pada hari ini termasuk Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan; Liza Ismail, Pengarah Pentadbiran; Dr Ang Lai Hoe, Penyelaras Stesen Penyelidikan FRIM di Bidor (SPF Bidor); Dr Sharmiza Adnan (Pengarah Urusan Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM); Nik Azyyati Abdul Kadir (Cawangan Pendidikan Alam Sekitar); Amrah Toha (Pejabat KP); Rashidah [...]

FRIM tanam pokok, sambut hari alam sekitar2021-06-25T09:04:04+08:00

FRIM rai pencapaian, beri penghargaan kepada staf

22 April 2021 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan Majlis Anugerah FRIM 2020 dan Majlis Jasamu Dikenang pada 8 April lalu untuk meraikan pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang serta memberi penghargaan sumbangan/khidmat bakti kepada warga kerja termasuk pesara dan bakal pesara. Majlis yang diadakan di Auditorium FRIM serta secara tele-sidang dirasmikan oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Ketua Pengarah (KP) FRIM. Turut hadir, Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan). Khali Aziz (kiri) menyampaikan ucapan perasmian dan Gan mewakili pesara menyampaikan ucapan persaraan. Mohd Ghazali (kiri) dan Norwati menerima anugerah mereka daripada Khali Aziz (bertali leher merah). [...]

FRIM rai pencapaian, beri penghargaan kepada staf2021-04-30T10:59:46+08:00

FRIM catat rekod MBR baharu bagi projek TK Melayu

20 April 2021 (Selasa) – Malaysia Book of Records (MBR) telah menyampaikan satu lagi sijil rekod baharu untuk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kepada Dr Khali Aziz Hamzah, Ketua Pengarah (KP) FRIM semalam bagi jumlah pengamal perubatan tradisional Melayu yang paling ramai ditemu bual tentang pengetahuan tradisi berkaitan tumbuhan ubatan. Rekod bagi “Most number of Malay Traditional Practitioners interviewed for Traditional Knowledge (TK) on Medicinal Plants” merupakan hasil Projek ‘Pendokumentasian Secara Komprehensif Pengetahuan Tradisi Melayu berkaitan Tumbuhan Ubatan di Semenanjung Malaysia’ yang dibiayai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Jwan Heah (kiri) menyampaikan sijil MBR kepada Khali [...]

FRIM catat rekod MBR baharu bagi projek TK Melayu2021-05-24T10:56:42+08:00

PM lancar Dasar Perhutanan Malaysia di KBG FRIM

21 Mac 2021 (Ahad) - Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah melancarkan Dasar Perhutanan Malaysia sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2021 di Taman Botani Kepong (KBG), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pagi tadi. Dasar Perhutanan Malaysia ini menggariskan hala tuju yang jelas termasuk strategi dan pelan tindakan pragmatik dalam mendepani cabaran baharu sektor perhutanan di peringkat domestik dan antarabangsa. Muhyiddin menyampaikan ucapan perasmian. Muhyiddin (kiri) dan Shamsul melihat buku Dasar Perhutanan Malaysia. Ia merupakan dasar inklusif yang mengambil kira kepentingan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ke arah mencapai pembangunan mampan serta pengurusan [...]

PM lancar Dasar Perhutanan Malaysia di KBG FRIM2021-03-24T17:11:36+08:00

Norwati dilantik TKP Penyelidikan FRIM baharu

4 Februari 2021 (Khamis) - Dr Norwati Muhammad telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Penyelidikan) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berkuatkuasa hari ini, menggantikan Dato’ Dr Marzalina Mansor yang bersara semalam. Norwati memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biologi pada 1989 dan Sarjana Sains dalam Genetik pada 1994 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam Genetik Hutan dari University of Reading, United Kingdom pada 2000 dan mula berkhidmat di FRIM sebagai pegawai penyelidik pada Januari 1990. Norwati, TKP (Penyelidikan) baharu FRIM. Mohd Zaki (atas) dan Farah Fazwa masing-masing mengetuai Bahgian Bioteknologi Perhutanan dan [...]

Norwati dilantik TKP Penyelidikan FRIM baharu2021-02-23T08:47:06+08:00

KP lancar Program Penghijauan Malaysia peringkat FRIM

11 Januari 2021 (Isnin) – Dr Khali Aziz Hamzah, Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melancarkan Program Penghijauan Malaysia  - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok peringkat FRIM semasa Perhimpunan Bulanan FRIM pagi tadi. Sebagai gimik pelancaran, beliau menanam pokok tongkat ali (Eurycoma longifolia). Turut bersama-sama untuk menanam pokok, Dato’ Dr Marzalina Mansor, Timbalan KP (Penyelidikan) dan Dr Noor Azlin Yahya, Timbalan KP (Operasi). Khali Aziz (kiri) dan Noor Azlin menyampaikan ucapan masing-masing. Staf FRIM berikrar untuk mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam. Dalam ucapannya, Khali Aziz berkata FRIM menyasarkan penanaman 100,000 pokok dalam menyokong [...]

KP lancar Program Penghijauan Malaysia peringkat FRIM2021-01-22T10:45:44+08:00
Go to Top